30 Hari Mencari Cinta Sejati


BUKAN SENANG MENDAPAT CINTA SEJATI KERANA RAMAI YANG MEMAKAI TOPENG MENJADI ORANG LAIN DEMI MEMIKAT KEKASIHIDAMAN. LANTARAN, KAMU PERLU BIJAK MENILAI SIKAP SI DIA BAGI MENGETAHUI SEJAUH MANA KEIKHLASANNYA MENJALINKAN HUBUNGAN CINTA. JOM IKUTI MISI REMAJA MENCARI CINTA SEJATI...


Hari 1-3
Di awal perkenalan, kamu sangat teruja. Lantaran, apa juga yang dilakukan si dia membuatkan kamu bahagia. Dia akan sedaya  upaya menutup kelemahan diri dengan menonjolkan kelebihan. Usah hanyut dengan perasaan yang berbunga-bunga, kamu perlu berpijak di bumi nyata. Ingat! Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi gambaran imej yang positif demi memikat hati kamu. Inilah masanya kamu mula menyiasat latar belakang si dia dan keluarga.

Hari 4-7
Ikutkan saja rentaknya, ketika ini pastinya dia sudah berani  mengajak kamu bersiar-siar di lokasi kegemarannya. Sebaik-baiknya bawalah teman bersama bagi mengelakkan diri menjadi mangsa manusia tidak bertanggungjawab. Jika kamu yakin si dia berniat baik pun, kamu mesti mengambil langkah berjaga-jaga misalnya memberitahu kepada teman baik kamu lokasi pertemuan, nombor plat kereta atau motor yang kamu dan dia naiki serta nama individu tersebut. Hafal lokasi ini dan sesekali lakukan lawatan mengejut ke sini seorang diri tanpa pengetahuannya. Siapa tahu dia juga pernah membawa teman lain ke sini. Tahan hatimu supaya tidak kelihatan terlalu gembira, usah berdandan secara berlebihan sebaliknya kekalkan sikap tenang dan berpenampilan sederhana. 

Hari 11-14
Percayalah saat ini, dia mahu menunjukkan kebolehan dirinya kepada kamu. Jika dia  berbakat dalam bidang muzik seperti mahir bermain gitar, dia akan membawa kamu menemaninya ke majlis seni. Ops! Jangan terkejut jika dia tiba-tiba memetik gitar dan mendendangkan sebuah lagu romantis untuk kamu di hadapan tetamu. Semestinya kamu akan sangat bahagia dan bertuah dengan usahanya itu tapi awas jaga tingkah lakumu. Hadiahkan sebuah senyuman paling manis dan ucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberi. Usah melompat atau terlalu teruja sehingga lupa diri, dia akan tahu kelemahan kamu nanti. 

Hari 15-18
Apabila semua usaha sudah dilakukan untuk memikat kamu, saat ini gilirannya pula menguji  keikhlasan kamu berdamping dengannya. Jadi, bersedialah dengan ujiannya. Dia mungkin akan meminta bantuan kawannya untuk memikat kamu, biasanya menerusi panggilan telefon atau SMS. Tujuannya, dia mahu melihat sejauh mana kamu boleh setia. Dia juga seperti kamu, tidak mahu menjadi mangsa.

*Untuk artikel penuh sila dapatkan majalah remaja sekarang (: hehe 

2 Conteng Petak Membebel:

Cik Jingga said...

malas la nk bercinta..hahahaha.. btw nice tips

TeQah Khaire said...

@Cik Jingga

bercinta lps kawen lah .. hehe

ha, tips from remaja (:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang