Tip Diet Ala Gaya Hidup Malaysia


aku tahu skunk nih ramai yg musim gemuk kan .. haha .. musim badan dh naek bagi aku lah sebab aku pown menjadi2 naek gemuknya .. sumpah aku xnak gemuk ah .. so apa lg baca lah tips bawah nih .. hehe .. tips dr Majalah remaja no1 malaysia okeh (: 

1. Menambahkan karbo selepas senaman
Pastikan kamu tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Menikmati makanan selepas senaman  adalah satu kemestian kerana otot berada dalam keadaan yang lemah di mana penambahan karbo sangat diperlukan. Malah pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan tidur ketika lapar
Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan.  Hakikatnya, ia tidak akan membantutkan usaha kamu jika kamu memilih makanan daripada sumber protein. Contohnya susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

3. Kitaran kalori
Apabila kamu mengurangkan kalori dalam diet untuk   tempoh yang agak lama, kadar metabolisme kamu akan menurun. Memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi mampu menghalang daripada berlakunya metabolisme yang rendah ini. Contohnya, kamu boleh berdiet rendah kalori untuk lima hari dan dua hari dengan kalori yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, diet kamu akan menjadi lebih menarik.

4. Lengkapkan dengan protein
Protein adalah nutrien terpenting dalam pelan diet dan membantu untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal  selera serta memastikan otot-otot mendapatkan bekalan yang secukupnya. Pilihlah protein yang baik daripada sumbersumber semula jadi untuk hasil yang terbaik.

5. Jadualkan Cheat Day
Bila berdiet, ramai yang akan mengelak daripada  mengambil makanan yang disukai. Sebenarnya ini adalah persepsi yang tidak betul. Dengan memilih satu hari daripada tujuh hari seminggu untuk jadual Cheat Day, kamu masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan dalam masa yang sama mengekalkan diet sihat pada hari-hari lain.

6. Saratkan dengan serat
Serat penting dalam pengurangan berat badan kerana ia membantu menyihatkan badan serta membuatkan  kamu berasa kenyang. Sekurang-kurangnya kamu memerlukan lima gram sumber serat misalnya sayur- ayuran, buah-buahan atau gandum penuh untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. 

*sejak badan aku naek baru skunk aku terhegeh2 g berjogging .. hehe (:

Credit by Remaja 

2 Conteng Petak Membebel:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang