Teater : Ali Baba The Muzikal


Assalamualaikum dan Selamat Petang

Okey, sudah lama tidak menaip di komputer ini rasa lain mcm jer. Maklumlah baru abes belajar dan menganggur pula tuh. Haishh cari kerja ntah bila lah pula kan.

Siapa dah pergi tengok Teater Muzikal Ali Baba kat IB tuh ? Best kan ? Siape yg tak tengok lagi tuh, sila lah pergi tengok bawa adik2 ker, cucu cicit ker, abg2 n kakak pon boleh pergi. Alah Nampak jer citer budak2 tp xderlah budak2 sgt pon, apa yg penting keseronokan tengok teater nih. Semua bende kat stage Nampak sangat sempurna.

Teater Ali Baba :


  • Harga tiket taklah mahal sgt, kalau siapa yg beli lebih dr 4, dapatlah disc 20% jadilah kan. Beli tiket RM30 korg boleh duduk depan sekali betul2 depan stage weh. Then, aku sgt berpuas hati wehh tempat yg aku duduk tu.

  • Teater pon ada juga wat silap mata. Pandai dia silapkan mata kita even kita tahu bende tu sangat menipu kan. HaHa .. ahli silap mata profesional, Mahdi Mousidi yang dijemput khas dari Iran. (Hensem)




  • Cerita dia ada sedikit dia ubah dan die shortkan sebab tulah aku terasa abes awal jer. Tak membosankan dengan pelbagai lawak jenaka. Props dia banyak gila aku rasa, berbeza dgn teater yg sblum nih aku pergi.

  • Ia juga berkonsepkan remaja di samping beberapa kelainan termasuk menerapkan konsep futuristik dengan menggunakan teknologi canggih ketika pementasan serta mengekalkan elemen muzik Arab yang diberi nafas baharu dalam pelbagai genre termasuk ballet, rock dan tango.



  • Costume semua cantek2, suka tengok. Hehe .. Tak rugi pon tengok teater ini weh. Sangat menyeronokan dan ada gak aksi2 spontan lagi bila Aznil n Ebby yus . Memank best abeslah.

  • Gangnam Style pon ada juga diselitkan, last minute planning kan. haha. Apa pon teater nih memang sangat enjoy lah :) Lepas nih teater Ombak Rindu pula weh, ha sure lah tiket mesti macam pisang goreng kan. hehe ! 

  • Tahniah kepada semua Pelakon kerana semuanya berjaya membawakan watak masing2 dengan begitu baik sekali.
*Okey ini sahaja ceritanya, Selamat Menonton Ye (: 














Legoland


Assalamualaikum dan Selamat Malam 

Tak sempat nak update pasal holiday hari tu, terus update pasal filem ari tu kan. Lepas holiday hari tu aku direct terus ke Melaka. Nak duduk sana selama seminggu. Ye seminggu lama tu oiii sebab ada hal2 tertentu. Selama seminggu nih memang sangat bosan sebab aku xbawa laptop kesayangan aku. Tapi disebabkan aku ada cousin yang memahami tahap kebosanan aku nih, die bawalah aku g jenjalan. So, taklah bosan sangat kan. Hehe .. Thank You Cousin. Eh jap, Cousin aku rasa aku jual cerita kau dengan si polan si polan tu boleh tak ? Sekurang2nye rating blog aku mesti naik mendadak weh .. hahaha .. *Gurau jer aku xtergamak nak buat cegitu.

Okey2, dah2 cukup cerita diatas td. Now, aku nak cerita pasal holiday aku. Yes holiday di Johor lagi. Rasanya dah tahu aku nk ckp pasal ape kan. Yeeee pasal “Legoland” banyak bende aku nak rungkaikan tentang Legoland tuh .. haha ..

Legoland Malaysia :

Entrance fee : www.legoland.com.my




Nak tengok gambar lagi ? Sila Ke Page 

  • Alhamdulillah dapat tiket free. So, xlah rasa ralat sangat kan pergi2 tak de pape. I mean xsesuai lah untuk kita2 yg  berjiwa remaja g sana. Bukan ape, semuanya hanya untuk kanak2. Game dewasa tak berape ada banyak lg. Korg tunggu jer masa akan datang nti die akan buat penambahan game utk dewasa. Mungkin !
  • Keluasan tapak tu taklah besar sangat pon. Tempat berteduh tak banyak tp kerusi2 banyaklah. Tempat baru lg kot. Tempat terbuka. So, bawalah payung2 untuk elakan dari muka anda bertukar warna lain eh. Hehe
  • Makanan dan Minuman kebanyakkan semua fast food. Mahal sikit jer macam sunway. Kalau korg nak bw makanan dari luar pon boley, dia tak check beg pon.
  • Okey yang nih aku paling tak suka sebab kedai cenderhati dekat dalam Legoland tu sangat Mahal Mahal dan Mahal gila2 weh. Design tak lawa, barang taklah menarik sangat tp mahal nak gila tak menahan, ouhh dia ikut harga pasaran antarabangsa. Harap Maklum. Series aku tak beli satu pon barang2 tu. Sekurang2nyer USS pon xlah mahal mcm nih =='
  • Buat pertama kalinya aku pergi theme park tak naik satu game yang aku nak. Aku cume naek yang game water ngan 4D tu jer. Roller coster ramai, nak tunggu sampai satu jam lebih .. hurhh . Nih lah padah g waktu cuti sekolah dan cuti sekolah Singapore sama ngan kita ishhhh. Sebab tu aku rasa xralat pon xdpt men, tiket free kan xlah rugi .. hahaha ..
  • Tahu tak nak naik setiap game tu kan nak beratur tu mcm lama sangat. Tak tahulah apa yg buat sampai lambat sesangat kan .. Kalau korg pergi mane2 theme park aku rasa ramai mcm mne skalipon orang tp sekurang2nyer nak beratur tu tak lah makan masa yg lama tersangat mcm aku g nih sampai 1jam lebih. Ntah pape jer.
  • Paling best Miniland, Dino Island (bw baju hujan kalau xnak kena basah kan) ada tempat nak keringkan badan but korg bayarlah duit color hijau (masuk ramai2 berbaloi lah .. haha), Studios 4D, Water Splash, Lego Mindstorms. Yang lain2 tu semua untuk kanak2 xsesuai dengan jiwa aku.


*Kalau korg nak tahu dengan lebih lanjut rajin2 lah jumpe pakcik "google" :) hehe

REVIEW : Life Of Pie

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua

Yeyyy Percutian aku ke Johor dah tamat pon cuma aku xupdate lagi pasal Legoland tuh kan. It's okey, aku tgh busy sikit. Masih lagi di Melaka. Now aku nak review pasal filem yang baru sahaja aku tengok malam ni "Life Of Pi" Tajuk cerita macam kurang kan, takpe2 semuanya akan aku rungkai eh. Hehe .. 

Life Of Pie :



  • Permulaan cerita biasalah slow itu dimana dia baru nak memulakan cerita dia.

  • Actually cerita nih die ceritakan balik kepada orang yang nak tahu mengenai kisah hidup dia yang begitu amazing sangat !

  • Jap2, durasi cerita ini 2Jam 5Minit. Woww lama okey.

  • Hayati betul2 setiap cerita ini. Banyak adegan yang melucukan. Paling best pasal nama dia iaitu Piscine (cm nih ker eh ? lebih kuranglah) Disebalik nama inilah bermulah kisah hidup dia yang sebenar.

  • Apa yang best masa dia berlayar dekat lautan yang luas dengan harimau dia. Start dari laut tu mcm2 yang berlaku dengan dia. Sedih, kelakar semuanya ada.

  • Bagi aku cerita ini banyak part best dekat laut jerlah. Sebab yang lain semuanya membebel2 die bercerita tentang kisah hidup dia tuh. 

  • Aku suka part yang ada banyak binatang Meerket (cm nih ker spell die eh ? yelah tu .. hehe)

  • Apapun aku bagi 3 bintang setengah. Kalau tengok 3D mybe best sikit lah kot. 

Trailer Life Of Pie 


Okey ini sahaja untuk malam nih eh. Insyallah nanti ada masa aku akan update pasal legoland tu ye. Banyak nih aku nak komplen. HeHe .. Assalamualaikum.


Selamat Tinggal Politeknik


Assalamualaikum dan Selamat Petang !

Alhamdulillah, rasanya macam tak percaya jer dah abes pengajian aku di sabak bernam nih. Rasa macam sekejap jer tinggal dekat kawasan yang hijau nih .. ehehe .. Actually aku tgh menaip sambil menahan bau-bau durian yang paling aku TAK SUKA. Ye. Aku TAK SUKA makan DURIAN.  To Mrs Love kita memang tak boleh makan durian so,  jangan nak paksa2 suruh makan okey nanti cekik baru tau (",) Even aku sedang pakai mask pon bau dia still menusuk kedalam hidung nih ==’ Tapi xpe gagahkan juga menulis sebab entry nih penting utk aku dan khas utk kawan2 aku di PSIS:)

2010 :

Inilah Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Kami.

  • Tak sangka dapat masuk Politeknik tapi dekat Sabak Bernam. Masa tu aku hanya fikir 90% aku taknak dah sambung belajar dan memikirkan kena duduk berjauhan dekat sana. Tapi tu semua mengajar aku hidup lebih berdikari dengan cara hidup persekitaran disana.

  • Dapat kawan baru, duduk asrama, basuh baju sendiri, bilik air kena berebut2 okey. [Itu taksuka] Tapi tu semua hanyalah tinggal kenangan yang menyeronokan.

  • 3 Tahun bukan waktu yang pendek tapi lama tu. Tapi bila semua itu sudah terbiasa waktu yang lama boleh jadi waktu yang paling sekejap sahaja.


2011 :

Semua ini Hanya Tinggal Kenangan Yang Paling Manis :)

  • Waktu semester 3 aku dah tak duduk asrama. Duduk dekat luar, Rumah sewa. Yess Freedom bebeh ! Orang lain berebut2 nak duduk asrama sedangkan kitorg sibuk nak duduk luar kan. Hurmm, asrama tu sangat membosankan dan aku xsuka ikut peraturan yang mcm hape ntah. Then penat dan jauh.  Tapi tilam asrama sangat best .. hehehe ..

  • Kalau korg nak tahu duduk luar nih korg lagi more independent dari duduk asrama tu. Tu pon kalau korang nih bukan jenis kaki merayap. Kalau kaki merayap abeslah tak sampai stgh semester duit dah hanyut [sesetengah jer].

  • Kalau korg duduk satu rumah tak kesahlah kos yang sama or lain2 kan, dari situlah korg boleh tahu setiap perangai kawan2 korg. Dan dari situlah korg akan lebih akrab lagi.


2012 :

DIP6C 2012
  • Semakin hampir kitorg nak abes, masa tu jugalah memang terasa sangat tak sabar. Tapi kekadang otak ni ligat kembali berfikir  “adakah aku dah bersedia nak tinggalkan hidup yang baru terbina bersama kawan2 ? “  Persoalan tu memang selalu bermain2 di fikiran ini.

  • Nak balik duduk dekat rumah seperti biasa memang korg tak sabar kan. Tapi ada sesuatu yang akan menyakitkan hati korang ialah “Perpisahan”  Ye. Berpisah and korg tak akan back to normal balik sebab korg akan pergi dgn haluan masing2. Melainkan korg ada plan nak tinggal bersama lepas belajar kan.

  • Alhamdulillah, akhirnya kitorg dapat juga menamatkan final semester kitorg. Paling tak sangka dapat menghabiskan Final Project yang sangat terseksa itu.

  • Berita yang paling mengecewakan bila Program 3P yang dianjurkan kementerian pelajaran tu diBATALKAN. Benci wehh ! Tak fair okey, bila time kitorg jer mcm2 bende tak jadi. Seandainya program itu masih ada mybe sekarang kitorg masih lagi ada masa utk tggl bersama even dalam beberape minggu jer :’(

  • Terima Kasih kepada semua Pensyarah PSIS yang pernah mengajar class DIP6C dan kitorg minta maaf jika kitorg selama ni degil, datang lewat, tak siapkan assignment, lambat hantar assignment dan macam2 lagi lah kan sangat2 Minta Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Di harap halalkanlah segala ilmu2nya. 

  • Untuk kawan2 pula, aku mintx maaf seandainya selama ini aku pernah buat sesuatu yang kurang menyenangkan korg atau sebaliknya atau mungkin aku tersombong dengan korg kan maaf sangat2 ye. Tak sombong tapi Pemalu sikit. Hehe.  Dan Selamat Berjaya Dalam Hidup Korang ! 


Yeah We're Free!


*Nasihat aku untuk bakal2 pelajar psis, korg kalau rasa taknak belajar dekat situ buatlah keputusan untuk diri sendiri dengan betul, jangan ikut kawan atau sebab2 lain. Buat keputusan sendiri, Insyallah jawapannya ada bersama korg.

*Untuk lepasan SPM tu, korg janganlah rasa Politeknik nih tak bagus. Actually Politeknik inilah diantara institusi yang terbaik yang membolehkan pelajarnya mendapat pekerjaan dengan mudah sekali. Itu menunjukkan Sijil Politeknik sangat BERHARGA. Jangan dengar kata2 orang tentang Politeknik itu lah, inilah kan. Ikut kata hati. Belajar untuk menimba ilmu dimana2 pun boleh asalkan hati tu kena ikhlas dalam setiap perkara. Semua institut sama sahaja takde beza pon. Bezanya adalah tahap iQ korg.

**Dengar kata, Tahun depan politeknik akan menawarkan khursus Ijazah kan ? Hurmm Insyallah kalau ada rezeki berkemungkinan aku akan sambung di Politeknik sahaja. But, taknak dekat sabak nak dekat2 boleh gitu ? Hehehe..


Sampai disini sahaja coretan kenangan ini, maaflah lambat update sebab takde ruang yang kosong untuk buat entry ini. Aku doakan semoga korang semua berjaya dalam hidup korang dan impian korang semua tercapai. Insyallah jumpa di Konvo eh ;)























REVIEW : Twilight Breaking Dawn Part 2



Assalamualaikum dan Selamat Malam :)

Alhamdulillah, akhirnya aku telah menamatkan pengajian aku di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam ini. Tak sangka 3 tahun yang ditunggu-tunggu sekejap saje, padahal dulu bukan kemain lg ckp “cepatlah waktu cepatlah waktu kan” yelah duduk jauh dari family then kawasan yang dalam sikit lah .. Then, bila sekarang dah abes dah terasa rindu walaupun baru seminggu meninggalkan sabak bernam kan.

Okey2 abes citer pasal aku abes belajar. Now, aku nak buat review filem kali ni 
“Twilight Breaking dawn Par2” pasti semua orang tak sabar kan nak tengok citer nih, begitu juga aku. Dan aku dah pon menontonya :)

Twilight :

  • Durasi citer nih dalam 1jam 45minit sahaja. Tak lama kan, tapi setiap jalan cerita ada best dan ada slow sikit lah.

  • Bagi siapa yang dah tengok start mula2 twilight dulu baru boleh faham ye, if yang tetibe nak tengok citer nih kan ha mybe memang taklah korg nak faham. Kena tengok yang first dulu okey kalau nak faham.

  • Sambungan dari yang Breaking dawn Part 1, bella hidup dan dah jadi sebahagian dari Vampire and dapat baby girl, Renesmee nama dia. Comel sangat2 baby tu.

  • Twilight Part 2 nih sebenarnya dia nak ceritakan tentang anak bella, renesmee tu. Yelah sebab  1dakwaan palsu tu, Si Volturi nih kumpulkan orang dia then nak fight dengan family Cullen gara2 menyimpan penjenayah. Penjenayah tuh anak bella, kenapa penjenayah ? sebab anak bella tu  berdarah manusia, sedangkan anak bella adalah 100% dah jadi darah Vampire pon.

  • Family Cullen mengumpulkan puak2 Vampire yang lain untuk melindungi kanak2 itu daripada dakwaan palsu itu. Yang buat dakwaan palsu tu Irina gila tu ==’ hurhh .. geram aku. *sorry emosi jap.

  • Dalam cerita nih ada part yang mugkin agak keliru sikit, so makesure korg kena tengok betol2.

  • Apa yang berlaku dalam pertempuran mereka tu ? Salah seorang dari family Cullen mati ker or sebaliknya ? 3 Orang yang mati antara family Cullen tu, siapa ? Ha, itu aka nada suspen sikit. Betul, tak tipu. Kalau tak percaya nanti korg tengok okey.

  • Suspen ? Ye, ada part nak hampir ending tu mesti korg engat itu betul2 terjadi kan. Takpe2 tengok jer nanti ye. HeHe .. *Jasper Hale tu Hensem lah. Heee..

  • Akhir kata, ending dia sangat memuaskan hati aku. Dalam cerita ni, sifat kasih sayang mereka ni sangat kuat and romantic. Jap2 citer nih ada 2D kan ? aku rasa korg tengok wayang biasa jer 2D tu xpayah pon tidak mengape.


    Trailer



REVIEW : SKYFALL

Assalamualaikum dan Selamat Petang !
Haishh sekarang ini musim hujan dan hujan, apa kesahlah bilik aku dekat rumah sewa tuh .. Mesti banjir abeslah kan .. Haishh .. Ya Allah hentikanlah hujan ini sementara aku risau bilik dekat rumah sewa aku tuh jer ==' 

Entry kali ini mengenai cerita box office nih "SKYFALL" urmm box office ker ? bagi aku tidak kot, ker aku memang xpandai nak menilai citer ini .. =='
Durasi masa 2jam Setengah weh, itu sangat lama !

HERO Kacak :P


 Skyfall :
  • Permulaan cerita memang menyeronokan, tetiba dah ada aksi. Tapi lepas tu tetibe dah tak best ! Lagu Tema Skyfall oleh Adele [best juga]

  • Aku tak tipu cerita ini buat aku mengantok. Banyak bercakap ! *Trailer jer nampak best.

  • Aksi2 yang ada pon xbanyak sangat. Ye aku nak cakap lagi memang sangat mengantok.

  • Slow sangat sangat. Nak tunggu 2jam Setengah tu memang seksa bagi aku ==' Kalau masa 2jam tu sangat best tak pe, ini adehhh mengantok yang aku dapat.

  • Sebab orang tersayang nak tengok kan, just teman sahaja lah kan :)

  • Ending = Sure ada kesinambungan lagi ! *Aku xnak tengok lagi.

  • Tapi bagi aku yang best adalah sistem2 program yang dia gunakan dalam cerita ini sangat sesuai bagi orang yang memang suka dengan dunia IT ini. Dengan menggunakan computer macam2 bende kau boleh programkan dan cara dia create password dia untuk sukar sekali orang nak detect memang sangat rumit ! Itu jer bende paling aku suka :) Hehe ..
*Ntah macam mane aku boleh terjebak tengok cerita nih ==' Orang kata citer 
"Budak Pailang" mengalahkan aksi KL GANGSTER ? BETUL ker ?

REVIEW : Wrong Turn 5

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua 

Alhamdulillah akhirnya semua project kami telah siap sepenuhnya dan yang tinggal hanyalah report dan memerlukan kami utk menyediakan wang yang lebih ==’ wang lebih ? wang lebih utk re-print2 kalau salah sikit skalipon okey. 
*Kalaulah ada penaja kertas A4 yang baik hati kan “save” sikit duit .. tinggal duit nak beli ink saje :) hehe ..

Okeh2, dah2 aku nk citer movie untuk kali ini pula .. hehe .. Aku rasa ramai yang dah tengok kan citer “Wrong Turn” ? dia ber’part2 lah juga kan. Bagi siapa yang mengikuti dari f1 part sampailah part4 nih ha, kali nih part 5 pula aku nak kasi info sikit sama ada best or x kan ? Rating citer nih bg aku 8.3 .. Banyak kan ? ha, sure mestilah best okeh. Antara Wrong Turn dan SAW aku rasa dua2 citer nih sama hebat !

Wrong Turn 5 :


  • Amaran : 18 Tahun Keatas tak dibenarkan tengok (: cewahhh .. hehe .. eh betullah, yg bawah tuh jangan kasi tengok. Tak elok untuk ditonton. Semua dalam citer nih byk babak kekejaman !

  • Kali ni citer start bila mereka pergi ke satu hutan nih utk berkhemah disana .. ada 6orang. Rasa2nya ada yg hidup x ? hurmm .. tengoklah ye.

  • Part 1 : Kawan perempuan diorg tuh dah selamat kena potong2 oleh orang2 PELIK itu. [Fuck2 lagi sekali Jari dia kena potong] JIJIK tau.

  •  Part 2 : Abam polis yang hensem telinga dia kena kerat abes !

  • Part 3 : Security yang tak boleh harap t upon kena gak .. Cara dia mati agak tragis juga lah.

  • Part 4 nih sampailah part yang seterusnya kan, cara kematian mereka sangat sangat tragis nak gila. Sampaikan aku tengok tutup2 muka mengalahkan citer hantu !

  • Mesti korg nak tahu tragis ker x kan, okeh2 aku bgtau sikit lah nti bgtau byk korg xderk feel kan .. nak feel lebih better tengok baru puas :) .. hehe .. Salah satu yang ngeri tu bila si pembunuh , bunuh seorang perempuan tu then korg tau apa dia buat ? dia akan KOREK2 korg punye ISI-ISI yang ada dlm PERUT korg tuh, TARIK2 kasi bawa keluar sampai panjang2 berjela tuh kan [usus] lepas tu dia SUMBAT bende2 tu kat dlm MULUT korg dan dia pon akan MAKAN sekali korg punye usus tu juga ! *Part yang dia ketuk LUTUT sorg mamat nih smpai bengkok abes tu terasa mcm lutut aku jer yang kena ==' 

  •  Last2 yang part kat padang tu, itu lg ngeri gila. Korg BAYANGKAN mesin pembajak tu GILIS korg punye KEPALA dan SELURUH BADAN korg hancusss lunyai begitu saje wehh. Bakar hidup2 pon ada tapi cara yang berbeza bukan bakar mcm bakar ayam jer ye ! hehe .. Aku rasa Wrong Turn 5 nih agak lg ngeri lah babak2 dia tu walaupun setiap yg dia tunjukn tu mcm sikit jer ada kan ..

  • Yang hidup ? seorang yang hidup tp yg hidup tu belum tentu dia hidup betul2 sempurna or mati sebab yg ending agak mcm tergantung sikit, banyak kemungkinan boleh terfikir apa terjadi pada ending tu. Nampaknya ada sambungan lg nih kot .. hurmm .. Kalau lah Malaysia buat citer2 cm tuh mesti best gak kan .. hoho !

Trailer Wrong Turn 5 
·    


*Untuk Student2 Politeknik yang akan Membuat Pembentangan Final Project Akhir, Aku ucapakan SELAMAT MAJU JAYA ! Semoga pembentangan kita BERJAYA (:

REVIEW : MY LAST LOVE

Assalamualaikum dan Selamat Malam
Malam yang suram ini aku nak share ngan korg movie yang aku tengok petang tadi. Salam Cinta tu dah tengok juga boleh lah kan. Tapi yang aku nak citer nih movie dari seberang iaitu "My Last Love". Apa yang best tentang movie nih? Sebab ia genre romantik and byk part2 yg bermain ngan emosi.

tentang MLL :

  • Seorang perempuan yang mempercayai akan cinta sejati. Tetapi apa yg terjadi adalah, apabila dia excident dan kedua kakinya lumpuh then bf(hendra) dia hilangkan diri mcm tu jer. Tu bukan cinta sejati, tu Pengecut namanya !

  • Angel (perempuan) nih kena langgar lari oleh Martin. Apa yang terjadi diorg bertemu kembali dan ini memeranjatkan si Martin nih walaupun Angel ni memang xtahu siapa yang langgar dia tu.

  • Akhirnya hubungan antara angel dan martin semakin rapat tetapi martin masih lagi tetap rasa bersalah dekat angel nih. Martin tetap berusaha mendapatkan doktor yang terbaik bg memulihkan kaki angel ni.

  • Tanpa disangka2 Martin mempunyai penyakit cancer otak. Part nih memang dah start bermain dgn emosi. Sedih giller.

  • Last sekali dia bagitahu hal yang sebenar. OfCoz Angel nih marah tp masa yang sama dia kesian ngan si Martin nih.

  • Last sekali ... Hehehe .. Rasanyer ? Yes. Dia meninggalkan dunia ini dengan tenang. Sebab tu lah movie nih "MY LAST LOVE" . 

Jom tengok Trailer dulu 




Review : B. A. I. T

Assalamualaikum dan Selamat Malam
Last update blog pasal "photoBooth" tu kan? okey kali nih nak buat review pasal movie. Lama dah tak meng'update kan blog ini. Okey, mengenai project final aku dah hampir keseluruhannyer nak siap dan nak capai 100% tp sekarang yang baru capai 85% lah. Alhamdulillah tak sangka akhirnyer berjaya juga buat Video korporat tu untuk final projek aku nanti (:

Okey2 mengenai filem BAIT nih kan, korg dah tgk? belum? okey meh sini aku bg sedikit info ye.

BAIT:


  • Tsunami datang secara tiba2, masa nih si hero ni mcm dpt tau something ada bende nak berlaku (tsunami nak dtg)
  • Hero sememangnyer seorang yang berani dan hensem, masa tu lah baru nak berbaik dgn kekasih lama. HaHa ..
  • Jerung nih bermula lepas tsunami berlaku. 
  • Ada 2ekor okey, 1dekat carpark 1lagi dekat dlm supermarket tu.
  • Part ngeri2 tu adalah juga, paling tak tahan org tu die potong tangan orang yang dah mati sebab nak umpan si jerung tu.
  • Ngeri2 ala2 SAW sikit jer. 
  • Ada part antara si ayah dan si anak, sedih sekjap. Yelah, si anak nih degil2 pon tapi hati die tetap risaukn dekat si ayah itu. 
  • Tak best sb jerung tu just dekat dlm supermarket ngan kat carpark jer then mcm pelik jer jerung tuh boleh pula ada dkt dlm supermarket tu. *kdg2 citer nih ada yg xlogik. haha..
  • Nak kata terlalu best tu xlah, aku boleh bg 3Star jer :D

Lepas nih nak tengok DREED pula.

Photo Cube

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua (:
Syawal pon dah berakhir kan, rasanyer macam tak puas jerk kan nak beraya lagi nih .. hehe .. Bukan ape ada gak xjumpe kengkawan lagi masa raya nih dek kerana kesuntukan masa dan sibuk dengan final projek. Seminggu yang lalu waktu aku sangat padat gila dengan pelbagai tugasan yang aku dapatlah then dgn nak siapkan mini project lagi lah kan haishh .. Ini semua memang dugaan lah katakan. Aku sebagai manusia hanya berdoa agar segala urusanku dpermudahkan lagi :)

Kali nih aku nak story pasal Photo Cube nih. Apa tu? okey, photo cube or dlm lainnyer mesin tangkap gambar (photo booth). Bende nih mungkin dah lama kan kat malaysia nih but aku jer baru perasan nih sume2 nih (ketinggalan skjap aku) Tak silap aku bende2 mcm nih kat TS pon ada gak kan. 

Ape yang best bende nih kita boleh amik pic ramai2 selagi boleh, haha .. aku pon main gak bende nih tapi berdua ngan cousin aku jer. Hurmm lepas nih nak ajak si dia lah 
(mcm die nak jer kan ==') Seronok gak sebab dlm booth nih sukahatilah nak pose mcm mne kan, then bile kita dah pose chantek barulah kita ke next room untuk mengedit gambar. Nak edit gambar tu lagi satu hal sebab die bg masa 2minit jer kot. Haihh ! Di sebabkan f1 kan so, kitorg xtau nak edit ape dan bagaimana. Tp ada gmbr rasa dah cantek takyah edit pon tak pe sayang kot .. hehe .. 

Berape keping n berape? okey, nih aku kasi tahu kalau dekat
wangsa walk die kat tempat permainan kanak2 tu korg kena beli token untuk gambar tuh RM12. Jangan beli yang token nak main game tuh eh, sb nanti die xberfungsi pula okeh (: 
RM12 tuh untuk 6 Kali amik gambar. Mahal ker Murah? itu terpulanglah pada masing2 okeh.


Macam nih lah Photo Booth ni. 
Pic from Google.
[Wangsa Walk n Aeon Au2]
*Setakat nih yang aku tahu.


Taraaaa ! Dah Siap :)
Wif Cousin >> WallaWaniey





SAM [Saya Amat Mencintaimu]

Assalamualaikum.
Lupe nak update entry wayang weh .. hehe .. lupe sebab aku tak bawa laptop sepanjang berada di kampung malas lah weh, banyak barang kot. Okeh, wayang kali nih citer dari Pengarah Muda Malaysia : Syafiq Yusof. Citer die nih, dier Promo abes2 giler kan .. Dan aku xnafikan citer nih memang lain dari citer2 sebelum nih yang aku tengok. Nak tahu kisah selanjutnyer .. Jom baca sinopsis dulu ..

Sinopsis :

Filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin).  Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.



Trailer



SAM :

  • Permulaan cerita babak2 romantik dan sweet giller. Tapi itu skjap aje. *Suke tengok yang scene kat b4 nak masok ofis tu.
  • Kelakar pon tak banyak. Nama pon filem psiko kan mne boleh klakar2 an.
  • Setiap jalan penceritaan die banyak part2 suspen [rasa mcm tengok citer hantu]
  • Ada juga part2 yang agak serabut sikit dan pening tapi xpe itu boleh diperbaiki pada masa akan datang ye (:
  • Cerita nih korg kena faham kan betol2, then citer nih tak mengantok okeh.
  • Ending die pon agak mcm pening skit. 
  • Teknik penggunaan graphic boleh tahan. 
  • Last sekali korg mesti confuse siapa dalang disebaliknye sebenarnye. Dan rasa mcm tak percaya itulah dalang disebalik cerita ini. So, tengoklah kalau free tak rugi pon. 

Filem mcm nih lah kalau boleh aku nak tengok, dr sesetengah filem yang hanya tahu bw untung tapi cerita ntah ape2 that's why lah kebanykkn diorg kurang nak support filem negara sendiri kan. Kenyataannyer lah. 

*Lain orang lain pendapat ye. Jangan nak Emosi sangat.


Taman Seribu Bunga

Assalamualaikum dan Selamat Petang :)

Hari nih nak update entry gambar sahaja but kali nih bukan gambar aku, gambar cousin aku sahaja konon saje nk try tengok bakat yang aku ada nih kan .. Kah3 [Perhh poyo] Padahal nih sume suke2 jer lah .. Cuaca pada masa itu kejap mendung dan panas, tapi nak wat cm mner redah aje lah ye .. Dah biasa sikit xpe .. hehe ..

Actually, aku nak cri tempat2 yg unik sekitar melaka nih tp susah lah aku pon xtau sangat, kalau bandarHilir tuh xnak lah dah bosan kot [perhh berlagak] hehe .. Kalau kat kl mungkin byk kot .. nak merantau ke negeri lain next timelah k. 

Taman Seribu Bunga nih ala2 macam dekat taman bunga sekitar KL tuh 

[lupe ah nme tmpt tu] Tapi tempat nih mcm tak banyak bunga jerk dikatakan mcm tak ada org jaga jer .. Ouh mungkin cuti raya kot .. haha .. Then dekat situ pon ada ala2 mini muzium lebah. lebah dia bebas okeh, tapi jangan risau tak sengat korg pon [Jinak]. Tak banyak pon gambar2 nih .. Ini sahaja. hehe (: 

Location : Ayer Keroh, Melaka


       




Happy Eid Mubarak 2012

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua (:
Macam mana raya tahun nih ? Seronok x ? eh dapat x duet raya? haha .. Hurmm sangat lama giler weh tak update blog nih .. Dan skunk aku tgh busy pasal project aku, almaklumlah aku dah Tahun Akhir weh .. Pejam celik tup tup mcm tak percaya jer dah nak tamat pengajian.
Lepas nih menempuh alam pekerjaan lah pula kan. Haishh !


Seperti Tahun2 yang berikutnyer, aku memang raya dekat Melaka. Tp raya tahun nih ayah aku xikut lah pula, raya kedua baru die balik melaka atas sebab2 tertentu. Tema raya tahun nih adalah MERAH (: hehe then tahun nih ala2 turban pula .. Wehh, aku maseh lg dpt duet raya lah even dah besar tau 
[selagi tak kahwen selagi tu masih dpt lg tau] hehe .. Rezeki .


Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan andaikata setiap apa yang aku ceritakan ada menguris hati2 korg tuh kan .. Hehe .. Bulan mulia ini marilah kita bermaaf maafan dan buanglah kisah2 lama antara kita yang pernah terjadi dahulu kala ye. 

Cewahhh poyo ayat aku nih. HaHa ..




Nak tengok lagi? Sila ke Page



Antara Projek, Ramadhan dan Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua (: 
Lame rasanye aku xupdate blog nih. But, mybe lepas nih aku busy lah kot. Busy ape ? adalah ! Busy ini mungkin akan membuatkan aku stress lah Kot. eh kot lah kan.



Projek, Ramadhan dan Hari Raya :



  • Sebenarnya kitorg tak ready lagi apa pon pasal PROJEK kitorg okeh ! Mesti kena MARAH itu sudah tentu.

  • Mungkin bulan ramadhan kali ini agak memberi impak yg mendalam lah kan. Betul2 menguji tahap diri ini.

  • Alhamdulillah, naseb lah Final kali nih ada 1paper jerk.

  • Aku rasa mcm ada jerk yg bru nak start buat projek diorunk kan .. hehe .. andaian aku jerk. Padahal kitorg pon sama.

  • dan PRESENTATION kitorg kali ini adalah FULL BI :) Love u Poli !

  • Walaupun beraya, fikiran tentang PROJEK pasti akan menganggu hari2 yg mulia ini. Mungkin raya pon TERPAKSA juga angkut laptop2 ke kampung. Nak siapkan PROJEK kan =='

  • Ini semua asam garam kehidupan aku sebagai seorang student. So, kita kenalah terima dengan ikhlas :)

  • Actually, ini lah yg aku nak sebenarnya adalah semakin hampir untuk menamatkan pengajian di kawasan sabak bernam ini.

  • Lepas nih, nak sambunk degree dekat2 ngan umah jerk lah [kalau dpt, kalau dpt kot2 jauh dr KL lg .. akan dipikirkan kot]

  • Tapi apa pun aku bersyukur lah juga sebab final projek kitorg nih sebenarnya tak lah susah mane berbanding dgn student lain, nak2 student2 JKE,JKA, aku rasa diorunk punye final projek sure lg hebat dan agak mcm susah kan dan yg senang bg aku pula final projek nih JH sebab die memasak dan menarik org membeli jerk kan .. hehe [memandai jerk aku, maaf ye :)]

Dengan ini aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa yang mulia ini dan jangan makan ikut hawa nafsu syaitan ye. Itu tak elok, makan beli ikut keperluan bukan nafsu semata2 dan selamat menunaikan solat terawih (:

Mini Launching Luvstylista

Assalamualikum dan Selamat Tengahari Semua (:

Tinggal berape jam lagi cuti aku dah nak abes sebab esok aku akan balik sabak bernam untuk masok ke semester berikutnya. Macam tak percaya pejam celik aku dah sampai ke penghujung semester, Alhamdulillah (:


Minggu lepas aku sempat juga pergi ke event Mini Launching Luvstylista at Alamanda. Apa itu Luvstylista? Okeh untuk lebih detail lagi korg nak tahu pasal Luvstylista ni korg boleh lah layari blog ini Luvstylista


Turban 






 




Puan Mona 
[Owner Hajaba, Leesa Formula, Luvstylista, Serenity Spa and Luvstylista]

  • Aku suka design tudung/shawl/turban dr luvstylista nih, even harge dia mahal pown but it's okeh, mesti korg berpuas hati dengan design, material kain and yg paling best design mereka nih telah didaftarkn supaya org len xboleh tiru design2 dia (: haaaa class kan .. hehe ..

  • Antara gambar2 di atas aku paling suka design Shawl yg berwarna purple itu :)

  • Selain dari tudung, baju kurung,jubah, dress dan lain2 pown ada .. Ada mahal, Ada Murah biasalah tuh. 

  • setiap tudung2 Luvstylista ini boleh di gayakan dgn pelbagai cara walaupun dengan 1tudung sahaja dan ia juga boleh dipendekn dan dilabuhkn juga (:

  • Apa yang best setiap pengunjung yg telah mendaftarkan diri akan di beri satu beg goodies. Yey, dpt tudung hajaba, Produk kecantikn Leesa Formula, and Coupon from Cold Storage. Ah tapi sayangnyer kena tebus kat alamanda sahaja. Hurhh =='


Nak Gambar lagi? Sila ke Page 
 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang