Cara Nak Kawal Marah Korg


Selamat Petang Semua (: 
hari2 kena marah atau hari2 kita yg marah org ? ok utk entry kali ini aku bebel pasal nak kawal kemarahan korg2 yg suka marah [mcm aku lah] Ye jujur aku ckp memank aku nih kdg2 ada lah gak Kepanasan baran aku nih dtg kan [bersebab]
Kemarahan adalah perkara yang pasti akan dilalui oleh semua orang kerana ia merupakan sifat semulajadi manusia. Kewujudan perasaan marah didalam diri anda tidak perlu dipertikaikan tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana cara untuk anda mengawalnya.
(1) Menarik nafas dalam-dalam
Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.
(2) Mengingatkan diri anda sendiri
Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. "Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri". Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif.
(3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira
 Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.
(4) Keluar daripada situasi kemarahan
Pemikiran seseorang yang sedang berada didalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

Sentiasalah senyum selalu boleh juga meredakan kemarahan korg (:
*Pikir bende yg sweet atau mengembirakan hati korg !

*kdg2 org yg marah nih mungkin dia ada sebab tersendiri, bermasalah ker or memank habit die nak marah2 kot ==' Tp klau boleh jgnlah org yg tak bersalah pown terkena Tempias kemarahan kau skali kan !

0 Conteng Petak Membebel:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang