Preview : 29 Februari

Selamat Malam semua (: Okeh, hari nih aku nak bebel pasal filem Pertama 3D dimalaysia yang terbaru, terbitan KRUstudios. 


Jom baca sinopsis dulu (:





Filem Stereoscopic 3D Pertama di Malaysia berjudul 29 Februari mengisahkan kehidupan Budi lakonan Remy Ishak yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap "kecacatan" itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Budi dilihat tidak lekang dengan usia akibat didakwa faktor tarikh lahir beliau yang hanya wujud 4 tahun sekali. 
Malah beliau masih hidup pada era 1990an dan memiliki wajah yang masih tidak berusia walaupun lahir pada 1896.

Atas faktor tersebut, Budi sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak (lakonan Izzue Islam) yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia? Saksikan lakonan mantap Remy Ishak sebagai 'Budi', pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton 29 Februari di pawagam mulai 30hb Ogos 2012.

Tarikh Tayangan : 30hb Ogos 2012
Produksi : KRU Studios
Pengarah : Edry Abdul Halim
Pelakon : Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Dian P.Ramlee, Namron



*and aku rasa tak rugi lah weh korg tgk citer nih dlm 3D sahaja yer. Dia tak akan buat dlm bentuk Filem biasa. Effect 3D dia memank sama mcm citer2 lain, ini bermakna karya malaysia kita dlm bentuk 3D setaraf dgn filem2 di Luar ok. Mcm aku dah tgk jerk kan ? Yes memank aku dah tgk trailer dlm bentuk 3D atas jemputan ke Pra Tonton Filem ini (: 
Thanks KRUstudios.


Trailer 29 Februari



Pra Tonton sekitar Filem 29 Februari






*firstime memberanikan diri utk test interview mereka =='
*nih jerk yg mampu yg lain busy menunggu giliran utk station TV berikutnyer. Aku mana ada station TV station Blog sahaja (:


Sebahagian KRU Klan bersama BigBoss KRU (:

Nak gambar lagi ? Sila ke Page Teqah Khaire [Kehidupan Gadis Metropolitan]

0 Conteng Petak Membebel:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang