Buat Cheeze Sendiri

Selamat Malam semua (: 
okeh malam nih aku nak kongsi tentang cheeze. Apa itu cheeze? ha, sume pernah makan kan or ada memank tak makan mungkin sebab bau dia kan [mcm mama aku] hehe .. ok kali nih aku nak kongsi mcm mne nak buat cheeze sendiri. Actually, korg bukan "Buat" cheeze tuh tp korg just beli jerk serbuk dia then barulah korg "Buat" = Bancuhlah cheeze tu (: Mudah kan .. 

Makan cheeze tak lah mengemukan sebenarnya tp korg jgnlah tiap2 hari makan bende tuh jer memanklah kan. So, aku just nak kongsi bg penggemar makanan berkeju ini. Sekali sekala makan tak pe (:

Mane nak dapat? urmm aku xtaw lah kalau kat mane2 pasar raya ada jual ker x sebab aku beli nih pown kat online DianCheeze Tp memank jarang lah jumpe mne2 tmpt yg jual serbuk cheeze nih or mybe aku yg xtaw kan ==' hurhh .. 
aku beli yg 200gm = rm14 sahaja.
[nmpk mcm sikit tp sebenarnya kalau dah bancuh 4sudu tuh banyak ok, terpkse simpan lebihan2 kat dlm bekas] 

Taraaa dah siap pown :) 

boleh makan dengan apa2 sahaja ikut tekak masing2 lah ye :)
Selamat Mencuba !

*Kalau korg ada tak boleh bau Cheeze ha aku pula lagilah tak boleh bau Durian boleh bikin aku Migrain ok ==' . Yup, aku xmakan durian tapi tempoyak aku makan :D

REVIEW : Mael Lambung

Bukan senang nak sruh aku jejak wayang tuh ,iyelah kaki mendownload mcm nih lerr. Pertama kalinya tengok wayang kat kualaSelangor tuh, almaklumlah kitorg dah kelanjur nak balik poli kan so singgah lah tgk wayang yg best2 .. dan akhirnya ini lah yg kitorg tgk. Padahal esok ada paper penting .. ish2 .. Teruk2 kurang fokus study ! HAHA

Sinopsis :

Mengisahkan Mael Lambong lakonan Zizan Razak, seorang penarik kereta professional di Kuala Lumpur. Di sebalik ke-gangsteran Mael Lambong, rupanya tersimpan satu sejarah masa lampau, kisah cintanya dengan Rozie. Mael Lambong merajuk dek pinangannya ditolak oleh ibu Rozie. Alasan ibu Rozie adalah kerana keluarga Mael Lambong tidak setaraf kedudukan dengannya.

Dengan semangat jitu Mael ke Kuala Lumpur demi membuktikan bahawa dia boleh menjadi orang yang lebih berguna. Sewaktu sedang asyik meng- aim kereta untuk ditarik, tiba- tiba Maria (lakonan Juliana Evans) menerjah masuk ke kereta Mael dan menyuruh Mael membawanya keluar dari KL. Jadi kemanakah lokasi mereka yang seterusnya?


Ulasan :
  • Actually kerana watak zizan inilah citer mael lambung nih buat org ketawa. kalau org lain aku rasa tak menjadi kot .. Lgpown mael lambung nih memank dah femes masa ML lg kan. no wonderlah zizan memank best !

  • ada adegan2 fighting antara zizan and jue agak kurang sesuai utk kanak2 melihatnyer .. sb ada maksudnyer tersendiri. sedangkan seat belakang kitorg pown ada group budak lelaki memank gelak abes kaw kaw lah weh . *Sendiri faham lerr..

  • anyway, aku suka watak yg dibawakan oleh jue ini (: tp ada part tuh suara jue nih mcm bukan suara die, suara org len jerk yg digunakan time tuh. tp xtaw lah kan kot2 telinga aku ker yg prob =='

  • ada part bosan juga. dan aku menyampah pula watak si "Tiger" tuh .. haha .. and yg pelakon kurang menyerlah tu [perempuan] lupe nama dia rasanyer die patut kena menyerlahkan lg watak dia, nih aku tgk buat aku nak tido =='




*nak cari filem yg betol2 berkualiti dekat malaysia nih memank payah sebab filem skunk sume stok2 nak moden dan berkemungkinan boleh mempengaruhi mereka2 yg senang terpengaruh ==' 
kdg2 citer2 yg kita rasa tu tak best lah sebenarnya lg bagus dr apa yg kita tengok.


Berakhirnya ShortSem

Salam dan Selamat Malam .
Alhamdulillah finally berjaya juga abeskan shortSem ini even agak terseksa sikit .. HeHe .. Berjaya abeskan sesi class, berjaya menjawab soalan belum lagi ok. 


Isnin nih final paper kitorg [Petang]. Yes satu paper je kitorg amik nak backup utk ke sem depan.Hopefully, yg shortSem ini kitorg sume LULUS kalau tak sia2 lah kitorg disini selama berbulan lamanya. 


and paling aku benci dengar adalah soalan FINAL ini adalah SELARAS. ye SELARAS ==' dulu kata kemain LECTURER yg buat, 
ini tetibe selaras pula. urmmm it's okeh, asal LULUS. AMIN !


Lepas exam, next week ada MUET. yes, MUET. kenapa ia mesti sibuk nak start tarikh awal2 kan? tak boleh ker buat tarikh selaras, nih pecah2 pula.. haishh .. Tak pasal2 next week kena jejak lg sabak bernam itu. kenapa aku amik dekat situ? sebab b4 die tukar tarikh tuh actually time kitorg dah dftr new sem, it's okeh lah kan skrang2nyer xpyh nk patah2 balik kan .. nih tetibe tukar tarikh pula ==' Haishh naseb badan lah.


okeh dengan ini aku mengambil kesempatan untuk memberi sedikit kata2 penuh semangat korg utk exam yang bermula 25 JUNE ini (:


"SELAMAT MENJAWAB SOALAN DAN SEMOGA BERJAYA" 



Attack The Block

Selamat Malam semua (:
Lama rasanyer xbuat entry pasal movie kan. Okeh entry kali ini cerita pasal "Attack The Block" tajuk mcm tak best aje kan? tp cerita nih memank best dan tak menghampakan lah bg aku.

Pendapat aku tentang movie ini :




  • Bergenre sains fiksyen. tentang makhluk asing yg terhempas di bumi. 

  • Apabila sekumpulan remaja gangster berlawan dgn Makhluk asing.

  • Punca makhluk itu menyerang adalah utk mencari makhluk asing betina yg terhempas itu. 

  • ada juga part2 kelakar !

  • Makhluk itu telah mengepong kesemua "BLOCK" yg didiami oleh geng remaja itu dan penduduk yg lain. 

  • bagaimana mereka nak menumpaskan makhluk itu? berjaya atau tidak? jom lah tgk kisah selanjutnyer nti ye (: Cerita ini aku dpt dr download movie. Wayang xtaw lah sama ada keluar or x an. Rasanyer xderk kot. huhu ..

  • Bg aku cerita ini memank sesuai ditonton semua peringkat umur. tiada part2 18sg .. hehe .. and permulaan cerita memank dah menarik utk di tonton (:

Trailer 



Produk Kecantikan : TWIN LOVELY

Salam dan Selamat Malam Semua (:

Malam2 yang dingin ini memank seronok kalau dpt tido, tp malangnyer aku tak boleh tido .. sebab aku mempunyai Penyakit susah nak tido .. hehe :P 

entry kali ini pasal Produk Kecantikan ker ? Yup, f1 aku buat entry produk kecantikan .. HaHa .. ini cume nak promote sahaja. 

Apa yang best sgt pasal produk nih? mahal ker? berkesan ker?
itu sudah pasti akan terjawab nanti :)


kalau korg nak taw aku paling susah nak caya produk2 kecantikn mcm ini sebab aku tak yakin .. but bila cousin aku ada perubahan dekat muka die barulah aku try .



Tentang Twin Lovely :



  • Rangkaian produk penjagaan kulit terbaru tanpa pengelupasan yang membantu merawat semua masalah kulit termasuk kulit berjerawat, berjeragat, berminyak, kering atau kusam. 
  • Produk TWIN LOVELY tidak mengandungi bahan kimia yang tidak dibenarkan seperti hydroquinone, tretinoin, merkuri, steroid atau hormon sintetik. Ianya berasaskan bahan semulajadi seperti ekstrak bunga melur, madu kelulut dan kunyit. Dengan penggunaan yang berterusan, perubahan terhadap kulit boleh dilihat dalam masa kurang daripada 7 hari. 
  • Secara amnya, rangkaian produk TWIN LOVELY akan membantu memberi kesan pencerahan yang drastik tanpa pengelupasan, mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik hitam dan putih, pigmentasi dan kedutan, merawat jerawat dan jeragat, memberi kesan keanjalan yang maksimum dan menunda proses penuaan. Kulit anda akan kelihatan lebih putih, halus, gebu dan lebih bersinar dan berseri. **Sesuai untuk semua jenis kulit. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sesuai untuk semua peringkat umur. 

TWIN LOVELY COSMETIC
"Menyerlahkan kecantikan yang sebenar"

Facial Treatment Set consists of Twin Spring, Twin1 & Twin2. To repair skin at night. 

PRICE - RM198

*Yang ini permulaan bg korg yg mula2 nak pakai lepas tu nanti bila dah abes, 
korg just topup yg dah abes itu aje.

*korg kena pakai ketiga2 set ini, andaikata salah satu abes, korg stop dulu pakai tuh sebab nti takot muka korg jd kesan lain kalau salah satu tak dipakai nti.





Twin Lovely's Complete Set consists of Facial Treatment Set
(Twin Spring, Twin1 & Twin2), Beauty Soap, Beauty Cream & Moisturizing Cream. 

PRICE - RM290

  • Yang nih bagi sesiapa yg f1 nak pakai satu set semua sekali.
  • Ye aku tahu mungkin bg korg agak tercekik sikit an, tp tak pe ada rezeki korg cubalah ye (:


TESTIMONI

  • ini cousin aku yang telah mencuba sejak 4 bulan yang lalu and ini lah hasil die
  • Jujur aku ckp, kulit muka dia lg bersih dr dulu. sebab aku jelez lah aku pon memakainyer juga . HaHa !
  • lepas kulit korg jd mcm nih nanti korg dah tak payah nak makeup tebal2 bagai sebab muka korg dah lawa dan licin kan (: 
  • even produk nih mahal, set yg korg pakai nih boleh tahan dlm masa 2-3 bulan .. korg xyah nak letak byk2, agak2  jerk dah memadai. 
  • untuk lihat produk ini dan testimoni yg lain sila ke Twin Lovely

Pendapat aku tentang produk TL :

  • Produk ini dihasilkn oleh cousin aku [kakak ipar dia]. Semestinya berkesan dengan cepat mengikut masalah muka masing2 :)
  • Mahal ? errr .. tak salah mahal kalau berkesan kan .. hehe .. Berbaloi lah juga :)
  • Produk nih masih belum ada dipasaran lagi ye. Insyaallah mungkin nanti akan berada dipasaran tapi tak tahu bila.
  • Aku nak pakai? Yup, aku dah cuba dah produk ini. Alhamdulillah hasilnye memank tak mengecewakan aku. Kulit muka aku normal so, proses tu cepat lah sikit ye. tak silap aku dah sebulan juga lah aku pakai. sedikit demi sedikit jerawat2 kecil aku mula menghilang. 
  • last skali, kalau korg f1 pakai and Jgn risau kulit korg xkn mengelupas mcm sesetengah produk lain :)
  • Kalau korg ada soalan tnye lah lebih lanjut boleh kat wallawaniey ini ye (:

*Nak tgk perubahan aku? nti dah keseluruhannyer dah sempurna aku letak perubahan muka ini ye (:

Souka @ Mukha Cafe

Salam dan Selamat Malam (: 
Malam nih nak cerita pasal kedai cake yang paling sedap bagi aku kat area2 TTDI. Cake dia lg sedap dr secret weh ! Kedai cake nih memank memenuhi citarasa aku doht ! HaHa ! 
boleh tempah utk wedding nti an .. Hehe .. 


Location : Souka Bake Shop @ Taman Tun Dr Ismail,
                           15 Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail .


untuk maklumat lanjut layari laman web Souka


  • kedai cake nih berkongsi dengan cafe mukha ni. 

  • Harga dia lebih kurang mcm secret recipe tp yg nih mahal sikit aje . Tapi PUAS HATI :D

  • kedai cake dia kecik tp decorate die sangat menarik (: Berkonsepkan english. 

  • Cake yang paling famous kat souka nih adalah "RED VELVET" . [aku xrasa lg cake tuh but ini semua pendapat pengunjung yang sentiasa beli cake di kedai ini]

Yang ini Cafe Mukha
Nak tahu lebih lanjut sila ke laman web Mukha

and inilah cafe Souka


Yang atas tu : Peanut Cake [Terasa kepekatan Peanut tu]
Yang bawah pula : Blueberry CheeseCake

BERY PALVOLA ini lah paling aku suka (: 

and ini antara cake yg aku beli . 
Jgn risau ini bukan aku sorg yg makan but 1Family sekali !

*engat kalau korg nak beli cake nih beli terus balik rumah nanti cake nih cair abes design cake nih dah xlawa .. hehe .. even cair pown rasa dia tetap sedap juga :)





Wordless Wednesday #24


Selamat Petang (: 
Cuaca yang begitu Terik sekali di sabakBernam ini.


Apa yang paling aku tertarik ialah Rambut Pojie [Fouziah Ghous]
 ini sangat lembut :)
Rahsia dia adalah letak "Mayonis" tak percaya ? g Tweet dia (: hehe ..



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Singapore : Part 3

Okeh sambunk yang part 2 punye . Hamboi aku nak sampai byk2 part pula kan .. Bukan apa, aku xnak lah just letak gmbr mcm tuh aje .. sambil tuh aku nak lah potpet2 sikit nanti kot2 korg nak g  nti kan, so korg dah boleh taw kan dr trip aku ini (: hehe.



  • Pengalaman paling best "TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle ". Korg akan merasai melalui bandar, lorong bawah tanah, melalui bangunan2 bertingkat sama mcm dlm citer transformers itu dan korg akan rasa korg adalah autobots itu Nak2 part drift weh perghh memank seronok abes.


 Ramai giller kan ? sangat weh. aku redo aje time nih . 
Nak wat cam mner kan 

  • RollerCoster  "Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON" ada dua taw tapi yang paling best yang colour biru tuh [cylon] yang tergantung .. Itu lah satu2nyer rollerCoster yg terlaju aku pernah naek setakat ini. Kalau lemah semangat tuh tak yah naek lah sb memank thrill giller .. Tp kalau takot korg tutup mata aje lah .. hehe yang Human pula biasa2 aje lah tapi kelajuan dia still sama sebab dua2 rollerCoster ini akan jalan secara serentak dan abest pown pd masa yg sama.


  • "Revenge Of The Mummy" rollerCoster yang highSpeed, kanak2 boleh naek but ikut ketinggian okey (: rollerCoster nih agak biadap sikit. asal ? sebab die suka berhenti mengejut then jalan pown mengejut ..HaHa.. kelakar juga tgk anak buah aku naek tercunggap2 jugalah die nak bernafas, huhu. Ouh xdpt  Meet the Army of Anubis Orang tinggi and badan berketak2 .. kah3 ..

Pelbagai reaksi muka diorunk nih .. HaHa
  • "The Lost World" aku xsempat nak g kat jurassic park rapids adventure dgn waterWorld. [Kesuntukan masa dipenuhi dgn kepenatan budak2 ini (:] apa pown memank aku geram lah xdpt tgk "WaterWorld" tu "Live" waterShow .. ada babak2 aksi lagak ngeri juga .


  • "Far Far Away" pengalaman berada di dunia fantasi[kononnyer] haha .. Yes "SHREK 4-D Adventure" sebab terasa mcm berada didunia realiti .. seronok juga klau sume wayang ada 4D .. hehe ! and "Donkey Live" pown aku xsempat nak perhi :'(


Seni ukiran bangunan ini sangat menarik perhatian Pelancong (: 

  • "Madagascar: A Crate Adventure" river boat ride kanak2 boleh naek asalkan mesti ditemani ibuBapa masing2 :) 


Gambar ini menunjukkn yg mereka semua takot kena "AIR" memank ada weh 
tp ... bila bot nih dh dekat air tuh tak ada .. 
Masa inilah mereka snap pic ini ..
Yes Pic ini semestinya kena beli .. 
$18 [Gila mahal .. bukan aku yg bayar .. hehe]

*Hanya dengan pengiun saje dpt .. Yang len tuh xdpt 
[Q panjang, sure xsempat sb "meet and greet" nih die limit masa aje]


Candyliciou
[ini jerk gambar yang aku mampu lepas keluar dr USS nih .. dah xlarat doht]
Gula2 ini pown aku xsempat beliiiii :"(

*Okeh, sampai disini sahaja ye. Terima Kasih yang sudi membaca (:




Singapore : Part 2

Salam semua. Okeh, actually aku ponteng class gara2 nak g tempat ini lah weh .. haha .. almaklumlah bende free kan nak tggu aku pergi ntah bila masa lah kan .. kah3 .. Ehem rezeki tak baik di tolak kan :)

Universal Studios memank dah lama aku idamkan nak pergi, sedangkan genting yg dekat pown aku belum pergi lg inikn pula uss kan .. aha, ini semua tajaan semata mata .. hehe .. Alhamdulillah. Mesti lah aku teruja giller nak g asyik tgk kat Utube jerk bosan gak an .. and finally, dpt juga menjejakn kaki ke kota singa ini :D

*Untuk mengetahui harga tiket sila ke Tickets Universal Studios Singapore

Apa yang best sangat USS nih ? 



Before nak masuk ke USS moh ler bergambar kan 
[lambang BUMI wajib bergambar.. hehe]
nanti dah penat tak ada feel. Bumi besar ini sebelum pintu masuk ke USS, so xder masalah kalau korg just nak bergmbr even tak masok USS pown
[but, better masok USS weh dh alang2 g sana kan .. hehe]

  • adalah Taman Tema Universal yang keempat dibuka selepas Orlando, Tokyo, Hollywood and yang ini Singapore.
  • Naseb kurang baek apabila USS dipenuhi ramai Giller org gara2 cuti sekolah singapore sama pula dgn malaysia .. [aku bru tahu] masa aku pergi tuh memank sesak abes lah wehh .. Reda aje taw !

Sekitar  Hollywood BoulevardTM

Setiap bangunan memank dia buat sama ala2 style Hollywood 

*aku rasa kalau buat wedding photoshoot pown okeh nih (: hehe

  • keluasan dia adalah .... sangat luas juga sampai kaki aku sakit okeh even aku pakai kasut Flat aje. [Jgn nak pakai heels weh nti korg merana, lg bgus pakai slipper Fipper yang lembut itu , terjamain kaki tak sakit]
  • nak taw x, nk maen sesuatu permainan tuh kan entrance die perghhh punyalah jauh juga nak berjalan weh, kena naek tgga lagi .. huhu .. Kalau ramai giller memank masak abes lah weh kalau org ramai mcm aku pergi nih =='

Sekitar  America’s biggest and grandest city
*tak dpt jumpe klon Marilyn Monroe
  • Mula2 aku masuk "Light, Camera and Action" nih kan memank aku rasa nak kluar time tuh gak ouh tp bila dah lame sikit tuh nak ke Pintu Exit seterusnyer an aku rasa tak jd keluar sebab Pintu kedua tuh menunjukan mcm mana set mengarahkan sesuatu filem dan kesan khas sound effects untuk ribut taufan, gempa bumi, air hujan ,sebuah kapal kargo melanggar bangsal, tingkap pecah, air berapi, set terbakar memank real betul. Terbaekkk !!!!!!! 
  • Best juga weh rasa nak masuk lagi tuh, tak puas tgk ok. Terfikir mcm mana lah diorunk setupkan semua itu kan sedangkan bangunan itu nampak mcm sangat kecil aje.



  • Tapi korg xperlu risau berapa lama nak tggu sebab dekat setiap game ada satu board masa, so nti korg boleh tahu berapa lama lg korg nak kena tggu utk game itu. so, korg ley jimat masa g tempat len dulu.
  • dan paling sadis giller adalah surau dekat sana mcm BILIK STOR! aku ulang lagi "BILIK STOR" bayangkanlah ramai org muslim nak solat tp bilik solat itu hanya mampu muat 3 ORANG sahaja and then 1Tempat Wudhuk sahaja okeh ! Betapa kejamnyer pihak pengurusan sana tak nak sediakan ruang solat yang selesa utk orang muslim ! KEDEKUT ker hape ==' nih baru dekat singapore if dekat negara luar ntah mcm mana lah kan =,= *Just kesian dekat budak2 melayu yg kerja kat sana lah kan.
  • Aku rasa berbaloi juga lah dengan harge tiket yg dibeli ini kan. Hurmm kedai2 souviner tak payah nak cari yg murah sebab sana sume harge sama saja.
  • Nak meet and greet ngan character ini semestinya kena beratur bagi mengelakan PEREBUTAN .. HaHa ..

Meet and Greet Sesame Street 
. Red Elmo ada tapi aku malas nak Q*

*Next sambunk Part 3 nanti. Selamat Malam !
 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang