SAM [Saya Amat Mencintaimu]

Assalamualaikum.
Lupe nak update entry wayang weh .. hehe .. lupe sebab aku tak bawa laptop sepanjang berada di kampung malas lah weh, banyak barang kot. Okeh, wayang kali nih citer dari Pengarah Muda Malaysia : Syafiq Yusof. Citer die nih, dier Promo abes2 giler kan .. Dan aku xnafikan citer nih memang lain dari citer2 sebelum nih yang aku tengok. Nak tahu kisah selanjutnyer .. Jom baca sinopsis dulu ..

Sinopsis :

Filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin).  Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.



Trailer



SAM :

  • Permulaan cerita babak2 romantik dan sweet giller. Tapi itu skjap aje. *Suke tengok yang scene kat b4 nak masok ofis tu.
  • Kelakar pon tak banyak. Nama pon filem psiko kan mne boleh klakar2 an.
  • Setiap jalan penceritaan die banyak part2 suspen [rasa mcm tengok citer hantu]
  • Ada juga part2 yang agak serabut sikit dan pening tapi xpe itu boleh diperbaiki pada masa akan datang ye (:
  • Cerita nih korg kena faham kan betol2, then citer nih tak mengantok okeh.
  • Ending die pon agak mcm pening skit. 
  • Teknik penggunaan graphic boleh tahan. 
  • Last sekali korg mesti confuse siapa dalang disebaliknye sebenarnye. Dan rasa mcm tak percaya itulah dalang disebalik cerita ini. So, tengoklah kalau free tak rugi pon. 

Filem mcm nih lah kalau boleh aku nak tengok, dr sesetengah filem yang hanya tahu bw untung tapi cerita ntah ape2 that's why lah kebanykkn diorg kurang nak support filem negara sendiri kan. Kenyataannyer lah. 

*Lain orang lain pendapat ye. Jangan nak Emosi sangat.


1 Conteng Petak Membebel:

King Ayam said...

Tengok trailer cam ok jer... Cerita dia tataw lah kan.

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang