Selamat Tinggal Politeknik


Assalamualaikum dan Selamat Petang !

Alhamdulillah, rasanya macam tak percaya jer dah abes pengajian aku di sabak bernam nih. Rasa macam sekejap jer tinggal dekat kawasan yang hijau nih .. ehehe .. Actually aku tgh menaip sambil menahan bau-bau durian yang paling aku TAK SUKA. Ye. Aku TAK SUKA makan DURIAN.  To Mrs Love kita memang tak boleh makan durian so,  jangan nak paksa2 suruh makan okey nanti cekik baru tau (",) Even aku sedang pakai mask pon bau dia still menusuk kedalam hidung nih ==’ Tapi xpe gagahkan juga menulis sebab entry nih penting utk aku dan khas utk kawan2 aku di PSIS:)

2010 :

Inilah Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Kami.

  • Tak sangka dapat masuk Politeknik tapi dekat Sabak Bernam. Masa tu aku hanya fikir 90% aku taknak dah sambung belajar dan memikirkan kena duduk berjauhan dekat sana. Tapi tu semua mengajar aku hidup lebih berdikari dengan cara hidup persekitaran disana.

  • Dapat kawan baru, duduk asrama, basuh baju sendiri, bilik air kena berebut2 okey. [Itu taksuka] Tapi tu semua hanyalah tinggal kenangan yang menyeronokan.

  • 3 Tahun bukan waktu yang pendek tapi lama tu. Tapi bila semua itu sudah terbiasa waktu yang lama boleh jadi waktu yang paling sekejap sahaja.


2011 :

Semua ini Hanya Tinggal Kenangan Yang Paling Manis :)

  • Waktu semester 3 aku dah tak duduk asrama. Duduk dekat luar, Rumah sewa. Yess Freedom bebeh ! Orang lain berebut2 nak duduk asrama sedangkan kitorg sibuk nak duduk luar kan. Hurmm, asrama tu sangat membosankan dan aku xsuka ikut peraturan yang mcm hape ntah. Then penat dan jauh.  Tapi tilam asrama sangat best .. hehehe ..

  • Kalau korg nak tahu duduk luar nih korg lagi more independent dari duduk asrama tu. Tu pon kalau korang nih bukan jenis kaki merayap. Kalau kaki merayap abeslah tak sampai stgh semester duit dah hanyut [sesetengah jer].

  • Kalau korg duduk satu rumah tak kesahlah kos yang sama or lain2 kan, dari situlah korg boleh tahu setiap perangai kawan2 korg. Dan dari situlah korg akan lebih akrab lagi.


2012 :

DIP6C 2012
  • Semakin hampir kitorg nak abes, masa tu jugalah memang terasa sangat tak sabar. Tapi kekadang otak ni ligat kembali berfikir  “adakah aku dah bersedia nak tinggalkan hidup yang baru terbina bersama kawan2 ? “  Persoalan tu memang selalu bermain2 di fikiran ini.

  • Nak balik duduk dekat rumah seperti biasa memang korg tak sabar kan. Tapi ada sesuatu yang akan menyakitkan hati korang ialah “Perpisahan”  Ye. Berpisah and korg tak akan back to normal balik sebab korg akan pergi dgn haluan masing2. Melainkan korg ada plan nak tinggal bersama lepas belajar kan.

  • Alhamdulillah, akhirnya kitorg dapat juga menamatkan final semester kitorg. Paling tak sangka dapat menghabiskan Final Project yang sangat terseksa itu.

  • Berita yang paling mengecewakan bila Program 3P yang dianjurkan kementerian pelajaran tu diBATALKAN. Benci wehh ! Tak fair okey, bila time kitorg jer mcm2 bende tak jadi. Seandainya program itu masih ada mybe sekarang kitorg masih lagi ada masa utk tggl bersama even dalam beberape minggu jer :’(

  • Terima Kasih kepada semua Pensyarah PSIS yang pernah mengajar class DIP6C dan kitorg minta maaf jika kitorg selama ni degil, datang lewat, tak siapkan assignment, lambat hantar assignment dan macam2 lagi lah kan sangat2 Minta Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Di harap halalkanlah segala ilmu2nya. 

  • Untuk kawan2 pula, aku mintx maaf seandainya selama ini aku pernah buat sesuatu yang kurang menyenangkan korg atau sebaliknya atau mungkin aku tersombong dengan korg kan maaf sangat2 ye. Tak sombong tapi Pemalu sikit. Hehe.  Dan Selamat Berjaya Dalam Hidup Korang ! 


Yeah We're Free!


*Nasihat aku untuk bakal2 pelajar psis, korg kalau rasa taknak belajar dekat situ buatlah keputusan untuk diri sendiri dengan betul, jangan ikut kawan atau sebab2 lain. Buat keputusan sendiri, Insyallah jawapannya ada bersama korg.

*Untuk lepasan SPM tu, korg janganlah rasa Politeknik nih tak bagus. Actually Politeknik inilah diantara institusi yang terbaik yang membolehkan pelajarnya mendapat pekerjaan dengan mudah sekali. Itu menunjukkan Sijil Politeknik sangat BERHARGA. Jangan dengar kata2 orang tentang Politeknik itu lah, inilah kan. Ikut kata hati. Belajar untuk menimba ilmu dimana2 pun boleh asalkan hati tu kena ikhlas dalam setiap perkara. Semua institut sama sahaja takde beza pon. Bezanya adalah tahap iQ korg.

**Dengar kata, Tahun depan politeknik akan menawarkan khursus Ijazah kan ? Hurmm Insyallah kalau ada rezeki berkemungkinan aku akan sambung di Politeknik sahaja. But, taknak dekat sabak nak dekat2 boleh gitu ? Hehehe..


Sampai disini sahaja coretan kenangan ini, maaflah lambat update sebab takde ruang yang kosong untuk buat entry ini. Aku doakan semoga korang semua berjaya dalam hidup korang dan impian korang semua tercapai. Insyallah jumpa di Konvo eh ;)























0 Conteng Petak Membebel:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang