Teater : Ali Baba The Muzikal


Assalamualaikum dan Selamat Petang

Okey, sudah lama tidak menaip di komputer ini rasa lain mcm jer. Maklumlah baru abes belajar dan menganggur pula tuh. Haishh cari kerja ntah bila lah pula kan.

Siapa dah pergi tengok Teater Muzikal Ali Baba kat IB tuh ? Best kan ? Siape yg tak tengok lagi tuh, sila lah pergi tengok bawa adik2 ker, cucu cicit ker, abg2 n kakak pon boleh pergi. Alah Nampak jer citer budak2 tp xderlah budak2 sgt pon, apa yg penting keseronokan tengok teater nih. Semua bende kat stage Nampak sangat sempurna.

Teater Ali Baba :


  • Harga tiket taklah mahal sgt, kalau siapa yg beli lebih dr 4, dapatlah disc 20% jadilah kan. Beli tiket RM30 korg boleh duduk depan sekali betul2 depan stage weh. Then, aku sgt berpuas hati wehh tempat yg aku duduk tu.

  • Teater pon ada juga wat silap mata. Pandai dia silapkan mata kita even kita tahu bende tu sangat menipu kan. HaHa .. ahli silap mata profesional, Mahdi Mousidi yang dijemput khas dari Iran. (Hensem)




  • Cerita dia ada sedikit dia ubah dan die shortkan sebab tulah aku terasa abes awal jer. Tak membosankan dengan pelbagai lawak jenaka. Props dia banyak gila aku rasa, berbeza dgn teater yg sblum nih aku pergi.

  • Ia juga berkonsepkan remaja di samping beberapa kelainan termasuk menerapkan konsep futuristik dengan menggunakan teknologi canggih ketika pementasan serta mengekalkan elemen muzik Arab yang diberi nafas baharu dalam pelbagai genre termasuk ballet, rock dan tango.



  • Costume semua cantek2, suka tengok. Hehe .. Tak rugi pon tengok teater ini weh. Sangat menyeronokan dan ada gak aksi2 spontan lagi bila Aznil n Ebby yus . Memank best abeslah.

  • Gangnam Style pon ada juga diselitkan, last minute planning kan. haha. Apa pon teater nih memang sangat enjoy lah :) Lepas nih teater Ombak Rindu pula weh, ha sure lah tiket mesti macam pisang goreng kan. hehe ! 

  • Tahniah kepada semua Pelakon kerana semuanya berjaya membawakan watak masing2 dengan begitu baik sekali.
*Okey ini sahaja ceritanya, Selamat Menonton Ye (: 














Legoland


Assalamualaikum dan Selamat Malam 

Tak sempat nak update pasal holiday hari tu, terus update pasal filem ari tu kan. Lepas holiday hari tu aku direct terus ke Melaka. Nak duduk sana selama seminggu. Ye seminggu lama tu oiii sebab ada hal2 tertentu. Selama seminggu nih memang sangat bosan sebab aku xbawa laptop kesayangan aku. Tapi disebabkan aku ada cousin yang memahami tahap kebosanan aku nih, die bawalah aku g jenjalan. So, taklah bosan sangat kan. Hehe .. Thank You Cousin. Eh jap, Cousin aku rasa aku jual cerita kau dengan si polan si polan tu boleh tak ? Sekurang2nye rating blog aku mesti naik mendadak weh .. hahaha .. *Gurau jer aku xtergamak nak buat cegitu.

Okey2, dah2 cukup cerita diatas td. Now, aku nak cerita pasal holiday aku. Yes holiday di Johor lagi. Rasanya dah tahu aku nk ckp pasal ape kan. Yeeee pasal “Legoland” banyak bende aku nak rungkaikan tentang Legoland tuh .. haha ..

Legoland Malaysia :

Entrance fee : www.legoland.com.my




Nak tengok gambar lagi ? Sila Ke Page 

  • Alhamdulillah dapat tiket free. So, xlah rasa ralat sangat kan pergi2 tak de pape. I mean xsesuai lah untuk kita2 yg  berjiwa remaja g sana. Bukan ape, semuanya hanya untuk kanak2. Game dewasa tak berape ada banyak lg. Korg tunggu jer masa akan datang nti die akan buat penambahan game utk dewasa. Mungkin !
  • Keluasan tapak tu taklah besar sangat pon. Tempat berteduh tak banyak tp kerusi2 banyaklah. Tempat baru lg kot. Tempat terbuka. So, bawalah payung2 untuk elakan dari muka anda bertukar warna lain eh. Hehe
  • Makanan dan Minuman kebanyakkan semua fast food. Mahal sikit jer macam sunway. Kalau korg nak bw makanan dari luar pon boley, dia tak check beg pon.
  • Okey yang nih aku paling tak suka sebab kedai cenderhati dekat dalam Legoland tu sangat Mahal Mahal dan Mahal gila2 weh. Design tak lawa, barang taklah menarik sangat tp mahal nak gila tak menahan, ouhh dia ikut harga pasaran antarabangsa. Harap Maklum. Series aku tak beli satu pon barang2 tu. Sekurang2nyer USS pon xlah mahal mcm nih =='
  • Buat pertama kalinya aku pergi theme park tak naik satu game yang aku nak. Aku cume naek yang game water ngan 4D tu jer. Roller coster ramai, nak tunggu sampai satu jam lebih .. hurhh . Nih lah padah g waktu cuti sekolah dan cuti sekolah Singapore sama ngan kita ishhhh. Sebab tu aku rasa xralat pon xdpt men, tiket free kan xlah rugi .. hahaha ..
  • Tahu tak nak naik setiap game tu kan nak beratur tu mcm lama sangat. Tak tahulah apa yg buat sampai lambat sesangat kan .. Kalau korg pergi mane2 theme park aku rasa ramai mcm mne skalipon orang tp sekurang2nyer nak beratur tu tak lah makan masa yg lama tersangat mcm aku g nih sampai 1jam lebih. Ntah pape jer.
  • Paling best Miniland, Dino Island (bw baju hujan kalau xnak kena basah kan) ada tempat nak keringkan badan but korg bayarlah duit color hijau (masuk ramai2 berbaloi lah .. haha), Studios 4D, Water Splash, Lego Mindstorms. Yang lain2 tu semua untuk kanak2 xsesuai dengan jiwa aku.


*Kalau korg nak tahu dengan lebih lanjut rajin2 lah jumpe pakcik "google" :) hehe

REVIEW : Life Of Pie

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua

Yeyyy Percutian aku ke Johor dah tamat pon cuma aku xupdate lagi pasal Legoland tuh kan. It's okey, aku tgh busy sikit. Masih lagi di Melaka. Now aku nak review pasal filem yang baru sahaja aku tengok malam ni "Life Of Pi" Tajuk cerita macam kurang kan, takpe2 semuanya akan aku rungkai eh. Hehe .. 

Life Of Pie :



  • Permulaan cerita biasalah slow itu dimana dia baru nak memulakan cerita dia.

  • Actually cerita nih die ceritakan balik kepada orang yang nak tahu mengenai kisah hidup dia yang begitu amazing sangat !

  • Jap2, durasi cerita ini 2Jam 5Minit. Woww lama okey.

  • Hayati betul2 setiap cerita ini. Banyak adegan yang melucukan. Paling best pasal nama dia iaitu Piscine (cm nih ker eh ? lebih kuranglah) Disebalik nama inilah bermulah kisah hidup dia yang sebenar.

  • Apa yang best masa dia berlayar dekat lautan yang luas dengan harimau dia. Start dari laut tu mcm2 yang berlaku dengan dia. Sedih, kelakar semuanya ada.

  • Bagi aku cerita ini banyak part best dekat laut jerlah. Sebab yang lain semuanya membebel2 die bercerita tentang kisah hidup dia tuh. 

  • Aku suka part yang ada banyak binatang Meerket (cm nih ker spell die eh ? yelah tu .. hehe)

  • Apapun aku bagi 3 bintang setengah. Kalau tengok 3D mybe best sikit lah kot. 

Trailer Life Of Pie 


Okey ini sahaja untuk malam nih eh. Insyallah nanti ada masa aku akan update pasal legoland tu ye. Banyak nih aku nak komplen. HeHe .. Assalamualaikum.


 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang