Check Result Air Pollution Index

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Jerebu masih lagi teruk dikawasan damansara, kalau korang nak tengok index bacaan jerebu disekitar tempat korang, sila klik link yang aku dah bagi tu. Series amat berguna dan korang boley tengok live camera keadaan cuaca disekitar kawasan tempat korang yang berhampiran dan bacaan suhunya sekali. 

Minum banyak air suam, jaga kesihatan dan janganlah keluar rumah dalam keadaan cuaca yang sangat tidak baik ini. Jangan malas pakai mask bila keluar.


Click Here Air Pollution Index

REVIEW : Man Of Steel

Assalamualaikum dan Selamat Petang

Semakin hari asap jerebu semakin teruk. Pedih mata, sakit kepala, sakit tekak. Haishh rasa nak pitam je duduk dalam ofis ni. Adess kerje pula tak banyak. Aku harap isnin kerje banyak, next week aku cuti 3hari lame skit klau boley nak settle kan kerje2 sebelum cuti untuk konvokesyen. Jangan konvokesyen batal sudahlah kan. Aku malas nak tunggu2 tau. PENAT ngan sistem pengurusan poli aku ni ==' 

Semalam aku baru nak tengok citer ni weh. Tp disebalik cerita ni, tahu x yang kitorang tersalah masuk panggung. Gara2 pintu yang menyerupai dinding tu lah kitorg silap tau. Haishh designer pun xpandai design ker. Baru masuk, skali tengok dah part ending. DAMN ! tak best aku nak tengok tau. Last skali pergi dekat wayang sebelah tu yang betol. Naseb permulaan bosan, tapi yang tak syok tu bila kita dah tahu ending tu awal-awal lagi. Bangkai !

MOS :
  • Permulaan cerita tak dapat dibayangkan. Sb aku masuk minit ke 30. Setengah jam lama kan. 
  • Apa aku nak cakap, kira tak rugi lah kau tengok citer ni. Semua aksi die sangat mendebarkan dan menarik tak macam cerita After Earth, Trailer gempak bile tengok Harem tau. 
  • Durasi masa dalam 2jam macam tu. Cerita luar memang standard lame baru syok kan. Kalau setakat 1jam lebih tu macam tak rasa ape jer kan.
  • Watak supermen dia lain dari yang lama. Aku lagi suke yang baru ni sebab hero die gagah lah konon2 kan. haha .. 


Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2013

Assalamualaikum dan Selamat Petang

Mengarang dekat ofis sebab kerje aku dah siap sepenuhnya. Hmm lagi seminggu aku dah nak konvokesyen. Tak sabar nak jumpe Ex-Classmate, Rindu kawan, Rindu crush. Haha .. Opss mane ade crush, saje jer lah kang nanti ade orang tu marah pula kan. Ehem.

Ye aku dah lame tak berblogging. Ni pun sebab aku takde kerje dan bosan, sampai kadang2 tu tak tahu nak tulis ape kan. Kali ni aku nk citer pasal Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. Actually kita belajar dimana2 pun sama sahaja bukan kerana tempat tu yang femes  tp cara kita belajar. 

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2013 - Asia | Kini dalam edisi kelima, QS University Rankings: Asia memberikan gambaran penting dalam pendidikan tinggi di salah satu kawasan yang paling dinamik dan pesat membangun di dunia. Meliputi 300 institusi terbaik di Asia, ini adalah kedudukan untuk tahun 2013 


Untuk laporan sepenuhnya boleh layari Ranking Asean University

Series aku cakap UM dari dulu lagi student dia semua terbaik. Nak masuk sana pun sangatlah payah kalau result kau tak Full A kan. Aku dah tak minat sambung dan dalam pale otak ni cume 30% saje aku nak sambung, mungkin kot. Kalau aku sambung pun, aku akan fikir abes2 .. Yelah diploma sekarang dah macam tahap SPM jer aku rase tau. Kang nanti time aku  nak amik degree rase mcm diploma pula, amik master mcm degree, Haihh sangat dilema tau.

Okeylah sampai sini saje entry ini. Mybe agak bosan kan entry ni. Hurmm nanti kalau ade mase aku basuh sikit blog ni okey :) 

Graduan Melayu disisihkan oleh syarikat Cina ?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

“Diskriminasi syarikat Cina berdasarkan kajian universiti awam. 
Graduan Melayu disisih.”

Kajian selama enam bulan oleh universiti yang tidak dinamakan Utusan itu turut menyebut faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan Cina lebih menjadi pilihan berbanding graduan Melayu untuk ditemuduga.

“Daripada lebih 3,000 resume yang dihantar kepada syarikat terbabit kamun Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang dipanggil temuduga.

“Kaum Cina pula mempunyai 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu,” memetik laporan Utusan Malaysia.

“Graduan Melayu yang boleh bertutur , menulis, dan membaca dalam bahasa Cina juga lebih berkemungkinan dipanggil temuduga berbanding mereka yang tidak mempunyai kebolehan,” kata kajian itu lagi.

Utusan turut melaporkan berdasarkan kajian yang dibuat, ia turut melibatkan graduan yang baru menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta, dan majikan jelasnya lebih berminat dengan institusi pengajian tinggi awam berbanding swasta.

Antara institusi yang menjadi pilihan majikan adalah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala bagi IPTS pula adalah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Sementara itu ruangan 'Bisik-Bisik' oleh Awang Selamat turut mengulas berkenaan perkara itu yang mana Awang menjelaskan aliran penguasaan mandarin pemohon menjadi kelebihan buat mereka dipanggil temu duga.

“Awang cuba membayangkan betapa penguasaa bahasa Mandarin menjadi syarat permohonan jawatan yang langsung tiada hubungan langsung dengan keperluan penjawatnya perlu menguasai bahasa itu.

“Iklan seperti itu mudah dilihat di dalam akhbar sebenarnya. Ia bagi Awang adalah cara penolakan calon yang bukan menguasai Mandarin, yang bukan pun bahasa kebangsaan negara ini,” kata Awang.

Awang turut menjelaskan kajian berkenaan mencadangkan penubuhan Akta Peluang Saksama perlu digubal bagi mengekang diskriminasi daripada terus berlaku.

Aku bukan lah racist, tp masalahnye sekarang siapa yang racist kan ? Series aku ckp bekerje ngan company cina ni diorg akan buli orang melayu then pilih kasih. (Kebanyakkanye) Sedangkan kalau company melayu xde pon nak sisihkan masyarakat lain kaum, sama adil okey. *Menunggu peluang bekerje dekat kerajaan ntah bila lah nak dapat kan .. Yang dah berusia tu pencenlah cepat, bagilah golongan muda seperti kitorg ni untuk bekerje kat sane .. hehe .. 


Petikan dari Yahoo News

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang