Graduan Melayu disisihkan oleh syarikat Cina ?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

“Diskriminasi syarikat Cina berdasarkan kajian universiti awam. 
Graduan Melayu disisih.”

Kajian selama enam bulan oleh universiti yang tidak dinamakan Utusan itu turut menyebut faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan Cina lebih menjadi pilihan berbanding graduan Melayu untuk ditemuduga.

“Daripada lebih 3,000 resume yang dihantar kepada syarikat terbabit kamun Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang dipanggil temuduga.

“Kaum Cina pula mempunyai 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu,” memetik laporan Utusan Malaysia.

“Graduan Melayu yang boleh bertutur , menulis, dan membaca dalam bahasa Cina juga lebih berkemungkinan dipanggil temuduga berbanding mereka yang tidak mempunyai kebolehan,” kata kajian itu lagi.

Utusan turut melaporkan berdasarkan kajian yang dibuat, ia turut melibatkan graduan yang baru menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta, dan majikan jelasnya lebih berminat dengan institusi pengajian tinggi awam berbanding swasta.

Antara institusi yang menjadi pilihan majikan adalah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala bagi IPTS pula adalah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Sementara itu ruangan 'Bisik-Bisik' oleh Awang Selamat turut mengulas berkenaan perkara itu yang mana Awang menjelaskan aliran penguasaan mandarin pemohon menjadi kelebihan buat mereka dipanggil temu duga.

“Awang cuba membayangkan betapa penguasaa bahasa Mandarin menjadi syarat permohonan jawatan yang langsung tiada hubungan langsung dengan keperluan penjawatnya perlu menguasai bahasa itu.

“Iklan seperti itu mudah dilihat di dalam akhbar sebenarnya. Ia bagi Awang adalah cara penolakan calon yang bukan menguasai Mandarin, yang bukan pun bahasa kebangsaan negara ini,” kata Awang.

Awang turut menjelaskan kajian berkenaan mencadangkan penubuhan Akta Peluang Saksama perlu digubal bagi mengekang diskriminasi daripada terus berlaku.

Aku bukan lah racist, tp masalahnye sekarang siapa yang racist kan ? Series aku ckp bekerje ngan company cina ni diorg akan buli orang melayu then pilih kasih. (Kebanyakkanye) Sedangkan kalau company melayu xde pon nak sisihkan masyarakat lain kaum, sama adil okey. *Menunggu peluang bekerje dekat kerajaan ntah bila lah nak dapat kan .. Yang dah berusia tu pencenlah cepat, bagilah golongan muda seperti kitorg ni untuk bekerje kat sane .. hehe .. 


Petikan dari Yahoo News

5 Conteng Petak Membebel:

Sarah Mohd Saleh said...

betul x dinafikan, kalau tgk iklan kt jobstreet pon requirement nye adelah speaking mandarin is a must. mmg graduan melayu xkan dpt lah kalau deyorg x kuasai mandarin.grrr. awk boleh buang capthca ni x,susa la nak kumen.stress plak nak kene taip mende alah tu

Siti(zoey) said...

as salam..jln2 sini.

TeQah Khaire said...

Sarah : Setahu sy xde pula sy letak bende alah tu
Siti : Hii

Nur Aqilah said...

susahlah kalau mcm nie nk cr kerja nanti

TeQah Khaire said...

Tau takpe, nak harapkan kerje kat kerajaan tu memang payahlah. Yelah takde org dalam jgn haraplah nak dpt masok situ =='

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang