Makanan yang mampu melegakan perut meragam

Assalamualaikum dan Selamat Pagi 

Okey hari ni just nak share entry tentang "Perut Meragam"
Rasenye korang mesti tak selesa kan bile perut korang meragam lagi2 time bile kita nak keluarlah ape lah kan, Yee macam aku juga, asal nak keluar jer buat hal tapi aku xlah teruk sangat. Macam ada orang tu kan die kalau keluar ngan aku mesti perut sakit lah, apelah, stress tau kene cari toilet lagi2 bile tgh shooping hari tu, masa tu lah nak cari toilet. Haishh .. 

Macam mane nak atasi ? Jom tengok bawah ni =>

Teh Chamomile
Teh Chamomile yang mengandungi enzim anti – radang yang dapat melegakan ketidak selesaan perut anda. Amalkan pengambilan ketika sakit perut di kala pagi.

Teh Halia 
Halia yang mengandungi enzim anti –radang dan juga bahan aktif gingerol berkuasa untuk menenangkan perut yang sakit akibat masalah sistem perncernaan. Hiriskan halia dan rebuskan bersama air selama beberapa minit sebelum minum. Halia juga dapat membantu menghilangkan rasa loya. 

Lemon 
Buah Lemon merupakan bahan serba guna. Anda cuma perlu perahkan sedikit lemon ke dalam air suam dan minum. Selain melegakan sakit perut, ia juga membuang toksik dalam badan. 

Cuka Epal 
Campurkan 2 – 3 sudu besar cuka epal ke dalam minuman anda tak kira sejuk atau panas, ia dapat menenangkan perut meragam. 

Air Kelapa 
Air kelapa memang sedap di minum ketika cuaca panas terik. Untuk pengetahuan anda, kandungan potassium dan Vitamin C dalam air kelapa mampu memberikan rasa lega ketika perut meragam. 

Yogurt
Yogurt memang sering dikaitkan dengan kesihatan perut. Ini kerana bahan probiotik aktif yang terkandung dalam yogurt tersebut mampu melegakan sakit perut. 

Makanan berkanji 
Makanan berkanji seperti nasi, kentang dan oat akan membantu melindungi usus perut daripada asid percernaan. Makanan ini tidak akan merangsang asid Reflux dan cepat di hadam. 

Elakkan makanan yang mengandungi gluten seperti gandum dan jagung. Kurangkan juga pengambilan gula terutamanya gula tiruan yang terkandung dalam minuman bikarbonat. 

Elakkan juga sayuran seperti kekacang, brokoli, dan kobis bunga. Gas yang terkandung dalam sayuran ini akan membuatkan perut anda kejang dan kembung.

Sumber Yahoo.com

0 Conteng Petak Membebel:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang