Konvokesyen PSIS ke - 8

Assalamualaikum dan Selamat Malam 


Actually majlis ni dah lebih sebulan berlalu, tapi dek kerana aku agak tidak senang untuk menaip dan berblog nih aku tangguhkan byk entry nak di ceritakan. Yee busy lah sangat kan, Ehh aku kan "Perempuan Berkerjaya" hahaha perahsan ! 

Alhamdulillah syukur akhirnya aku menamatkan juga pengajian aku di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yang diiktiraf MQA dalam Jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) .. maaf bukan nak bangga, tapi aku nk ckp sikit. Kalau korang nak study mane2 Universiti sama ada yang Swasta ataupun Kolej pastikan sijil korang diiktiraf MQA okey. Senang nanti kalau nak dapat kerja lagi2 kemudahan kerja di sektor kerajaan. Sepanjang aku dekat negeri orang nih kan 
(*mcm duduk kat benua hujung dunia jer .. ) byk benda yang aku belajar, jumpa kawan baru, skandal baru, bf baru, mcm2 lagi .. hehehe .. *Bf dan Skandal tu tipu jer. Kita nak belajar kan jangan gatal nak bercinta sangat okey, FOKUS !

*Terima Kasih dan berkat doa dari Parents, Lecturer, kita tak mungkin dapat menghabiskan pengajian selama 3 Tahun ini. Series kau engat senang ker nak tunggu 3 Tahun tu ? Banyak tau cabaran, lagi2 cabaran berhadapan dengan pelbagai karenah pensyarah di Poli nih, Tp takpe mereka buat macam tu untuk kita juga kan. 

Okey aku rase tu jer lah cerita die kot. Nak cerita panjang2 nanti korang bosan kan, so bawah ni ade lah sikit2 Picture Konvo kitorg dan Pic Studio & Stage sekali. Tak banyak sangat gambar, kecewa bila takdapat nak bergambar dengan budak kelas, hanya yang mane jumpe jer dapat =='

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM 
KONVOKESYEN PSIS KE - 8 
3-4 JULAI 2013


*SEDIH sebab BEREMPAT JER YANG KONVO sepatutnya BERENAM :(








* Sebelah tu Adilah a.k.a Dyla Korpal. Search lah twitter ker Fb tau. hehe .. Kawan dari 
sekolah menengah sampailah kitorang graduate same-same. Ini semua kebetulan saje.


Gambar Dari atas Pentas dan Studio 

Gambar : Foto SZ


MY FAMILY 





Proton Suprima S

Assalamualaikum

Selamat Petang, Okey mood aku taknak buat kerje sebab esok "PC" aku kene bagi dekat
"New Staff" Yelah staff baru pangkat "AM" kan so terpaksalah aku merelakan walaupun dalam hati ni dh remuk sangat tau ==' Mulai esok sure aku kene buat kerje "Manual" lepas tu mati kutu taktau nak buat ape. *Takboley kerje kalau takde PC tau

Tahu tak Proton nak keluarkan lagi model kereta yang baru "Proton Suprima S" Ye sebelum ni mane pernah dengar sokeylah, bagi yang tak pernah dengar macam aku ni memang rase nak tahu sangat2 kan. Aku usha2 dekat satu berita ni pasal kereta Proton ni nampak macam hebat, design dia boley tahan "Smart" tapi dalaman die tak tahulah macam mane kan. Yang pasti anggaran harga die dlm "70k+ mcm tulah" Boley tahan kan. *Baru engat nak target beli, skali tengok harge tercekik pulok.
Kalau nak tahu lebih lanjut baca lah dekat sini ye => KeretaMoto.Com


Gambar dari KeretaMoto.Com

REVIEW : Percy Jackson - Sea Of Monsters

Assalamualaikum dan Selamat Petang 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog :) Raya tahun ni okey ke tak okey ? Raya taun ni aku macam biasa okey dan bersederhana, tapi tu lah setiap kali kalau balik melaka ker, xkire lah raya atau bukan raye. Orangnye memanjang jer tak lekat kat rumah nak borak2 nak nenek ker ape, ade jer projek merayau2 dengan cousin die tu. hehe 

Balik kampung aku memang takde mase nak ber'blog, facebook ker twitter atau insta2 nih .. Memang mase tu kali ni byk abes berjalan kesane kemari. So, ni aku bru smpai KL aleh2 masuk bilik terus on lappy dengan barang2 masih fresh lg dlm beg. haha .. Mujurlah esok aku cuti extra lagi, Rabu bru start keje. Takley cuti lelame, kang nanti gaji aku kene potong. Sedey tau. Meh lah bg aku duet raye. hehe ..

Okey kali ni aku nk buat review filem "Percy Jackson" :

  • Durasi masa dalam 1jam 30minit jer, cerita ni tak lame. Tapi jalan penceritaan die buat kita rase lame. *bagi aku lah
  • Kesinambungan dari Part yang dulu, korang rase takde ke sambungan lepas citer ni ? Haa semestinye ade okey. 
  • Permulaan penceritaan menggambarkan masa mereka zaman kanak2 macam mane kawan baik mereka "Thalia" menyelamatkan kawan2 die semasa mereka dikejar oleh kaum "Cylop"
  • Thalia terbunuh dan mayat die menjadi pokok ajaib untuk menjaga keselamatan kem itu.
  • Part Percy dan Clarrise dalam game "menara halangan" memang best, buat fear factor macam tu baru thrill tau. 
  • Kemudian munculnye adik kandung percy "Tysons dr kaum cylops". Annabeth tak suka dengan tyson sebab die kaum cylops yang membunuh kawan baik mereka "Thalia"
  • Tyson (bermata satu) ngeri pula tp not bad lah, hehehe .. Kelakar pun ade.
  • Luke kawan baik mereka mengkhianat mereka apabila die telah meracunkan pokok ajaib dan melepaskan seekor lembu jantan yang ganas untuk membunuh percy dan memusnahkan kem tersebut. 
  • Untuk memulihkan balik pokok ajaib, mereka terpaksa mencari bulu emas biri2 yang terletak di kawasan gua yang dijaga oleh "Cylop" Percy dan Luke berebut utk mendapatkan bulu emas itu. 
  • Akhir penceritaan mesti korg rase sedih sebab Tyson tu mati demi menyelamatkan abang die "percy", Cerita macam ini memang ade emosi even takbyk pun ade lah gak part2 terselit kan. Tapi betul ker tyson tu mati ? Hehehe, kenalah tengok okey :)
  • Berjaya atau tidak mereka mendapatkan bulu emas biri2 tu, dan boley ker bulu itu memulihkan semula Pokok Ajaib tu, kenelah tengok kan. Disebalik ending ade kisah yang mengejutkan juga. hehe .. 
  • Cerita ini aku sarankan korang tengok biasa je, Tak payah tengok 3D sebab tak banyak effect die yang best. 
  • Rating yang aku bagi cume 3.6/5 sahaja :) *Dah 3 Kali aku tengok "The Conjuring" dekat online movie. hehe .. 
*Next Movie : R.I.P 




REVIEW : The Conjuring

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Malam


Okey, tinggal lagi berape hari jer ramadhan akan meninggalkan kita. Seronoklah bebudak ni dah nak dekat raya kan. Nak duet raya ler tu .. haha .. Sedey tau, tahun ni gua dah besar dah kerja takde lagi duet raya. Cume nak bagi duet raya kat bebudak tak kot. Maklumlah kerje aku masih xtetap lagi. Maaf ye bebudak. Hehe ..

Okey2 taknak buang mase, aku nak buat REVIEW satu filem horror "THE CONJURING" gile sampai satu panggung menjerit. Lagi2 geng2 parya nih, haishh menyampah nak tengok pun xsenang tau sibuk nak takotkan dengan jeritan suara jantan die tuh ==' 

The Conjuring :


  • Durasi filem ni dalam 2jam. Permulaan cerita yang menarik. Pastikan korang alert sikit kalau ade tahun2 yang menggambarkan tentang kisah cerita itu. Selalu dekat bawah die letak word tu kan, mybe korg xperasan and korang engat tu citer ala2 "oldschool" pula kan. 
  • Kisah die apabila sebuah keluarga yang mempunyai 5orang anak perempuan berpindah ke rumah baru yang pendalaman sangat, dalam kisah disebalik rumah yang cantik dan dijual dgn harga yang murah, memang byk kisah die tau. 
  • Kejadian pertama berlaku bila anjing mereka "Saydee" taknak jejak ke rumah baru mereka, haiwan selalu bende2 macam ni die boley tahu kan. Then keesokan hari tu anjing tu mati. 
  • Selepas kematian anjing, badan carolyn (ibu kpd 5org anak) lebam2 katanye kekurangan zat besi, padahal bende tu yang buat.
  • Part paling seram diorang main sorok2. Clap, Clap, Clap (tepuk tangan) Game ni dipanggil " hide-and-clap". Lepas tu ade suara berbisik "Adakah awak mahu bermain sorok2 sambil tepuk tangan dgn saya" .. Okey part tu nanti mase dekat bilik bawah tanah. Haa series korang jerit jer lah okey. 
  • Cindy pula asyik mengigau sambil berjalan then hentak2 kepala dekat almari seram tu. Haa part tu pun sure korang akan jerit. Senang citer byk part korang akan terkejut dan menjerit. 
  • Setiap malam ade jer yang kene kacau. Paling seram PATUNG ANABELLE besar die macam budak 3-4 tahun kot, rasenyelah. hehehe .. Sumpah seram abes weh. Tak tido malam aku rase tau. *ni pun aku menaip dh meremang bulu roma aku.
  • Masa carolyn tu kene rasuk suara2 garau die memang seram abes. Dah tu buat aksi exorcism tau
  • Banyak part2 yang seram dan mengejutkan. Dan rating untuk cerita ni pun tinggi kan no wonderlah ramai komen yang best2 dan that's whylah aku pun terperangkap nak pergi tengok. Tak rugi tengok cerita ni, rase nak tengok lagi sekali. 
  • Aku bagi 4.5/5 bintang. Dalam penceritaan ade juga cacat celanye kan. Hehe .. Click sini untuk mengetahui lebih detail lagi Sinopsis The Conjuring 
***Sampai disini sahaja, Assalamualaikum dan Selamat Bersahur okey. 
Next Movie, Percy Jacksons :)
 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang