Undangan Tidak Bernilai

Assalamualaikum dan Selamat Malam 

Alhamdulillah office baru semakin besar dan selesa. Yang kurang selesa itu telah pun dipagar dengan bacaan yassin dan doa selamat. Semakin lama aku semakin hilang untuk menaip entry .. Macam2 tau nak dicerita tapi sibuk dengan kerjaya yang tak seberapa ini. hehe .. 

Okey2 entry kali ni mybe ade sedikit terasa hati dan emosi bagi aku lah. Kejadian berlaku disebabkan Udangan Majlis Perkahwinan dari kawan aku masa zaman sekolah menengah. Seriesly aku tak sangka bende macam ni boley berlaku.

Dari KL ke Melaka bukan macam kau nak pergi dari Au Keramat ke Wangsa Walk, itu semua pergi dengan wang bukan dengan pasir. Tapi tak disangka2 apabila kami diundang utk menghadiri majlis akad nikahnye seperti rasa mahu berpatah balik ke KL okey. Aku bukanya nak layanan VVIP just layanan dari seorang kawan yang susah payah datang Majlis kau then kau buat layan dan tak layan je. Kau tau x, nilai seorang persahabatan tu macam mana ? Bukan boley dibeli dengan emas tau. Even jauh mana kau duduk pun kita masih boleh berhubung tapi bila dah sekian lama tak jumpa, kau buat tak endah je ngan kitorg. 

Disebabkan kejadian itu kitorg CANCEL terus nak pergi majlis resipsi kau dekat dewan taming sari tu. Sebab aku terasa hati dengan sikap kau layan kitorg kan. Perli2 kitorg masa nak amik gambar dengan kau, termasuk dua orang pengapit kau tu. No respect langsung, Mulut pedas gila. 

Parents kau penyelamat kami, kalau tak kerana parents kau yang baik layan kitorg tu memang dah lama aku berambus macam tu tau. Kau sibuk sangat ngan kawan baru kau tu kan, kitorg datang jauh2 nih kau tak hargai langsung, kalau taknak hargai aku xpe but hargai lah kawan masa kecik kau yang berjiran ngan kau. Kau tak excited langsung jumpa kitorg. Aku tak tahu kawan jenis ape yang aku berkawan ni. 

Apa pun bende dah terjadi, then aku halalkan apa yang terjadi dengan rela hati. 
Semoga Kau berbahagia. 
Bukan nak mengaibkan kau, but nak sedarkan kau betapa Nilai Persahabatan bukan macam SAMPAH okey. Hargailah kawan2 kau tak kesahlah yang dulu ataupun sekarang.

Location : Homestay Bakti, Bukit Katil Melaka.

Selesa juga duduk dekat homestay ni, Save bagi yang Single macam kitorg ni .. Hehe Menikmati suasana kampung tau memang seronok duduk dekat situ.



Pengantin Perempuan tu selaku kawan Kitorang masa zaman sekolah menengah. Sepatutnya pengapit takpayah nak masuk dalam gambar orang kan == Menyampah aku.


Location : Bandar Hilir, Melaka 

Disebabkan kitorang tak pergi Majlis hari esoknya tu, semua sepakat jalan2 dekat melaka sambil menikmati cendol yang terbaik disekitar kawan bangunan bandar hilir ni. Memang best tau.





Pandai juga abang cendol ni Snap pic ni .. Hehe :) 
Cendo Ice Cream RM 3.50, Cendol durian dia sedap duria fresh punya.


Okey next entry tak tahu apa lagi. Nak tengok movie Insidious 2 pun belum berkesempatan.


REVIEW : KL Gangster 2

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Rasanya mcm dah lame sangat kan tak update blog ni. Ape blog ni boley delete kot ? tp sayanglah pula kan sb dah lame menulis blog sejak dr 2009 lg. Haiyoo. Lame juga tak buat blogwalking. Sejak ofis nak pindah hari2 busy penat mengemas balik2 mandi, makan n solat terus tido. Sampai sekarang ni otot2 masih lg sakit tau. 

Anyway kali ni aku nak update pasal filem yang dah dicetak lebih awal sebelum ditayangkan. Kesian syamsul dan berdosanya orang yang telah menutup periuk nasi orang lain. Kejam gila. Manusia sesama manusia memang tak boley tengok dia lebih skit .. Haa mulalah nak menjatuhkan orang kan. Haishh pegangan iman yang lemah betul. Sokeylah kalau sape dah tengok kan tak kesahlah aku nak update blog aku kan suke lah nak baca atau tak. Tak paksa pun. 

KL GANGSTER 2 :


  • Sambungan dr KL Gangster 1. Durasi masa dalam 1jam 55 minit nak dekat 2jam lah gak. 
  • Bagi yang tengok download tuh mybe ade yang tak puas kan, tp kalau korg jenis tak kesah tgk download dgn quality yg kurang memuaskan no hal lah. Memang aku kaki download movie tp disebabkan nak teman tersayang tengok, takdelah aku download .. hehehe .. 
  • Bahasa yang digunakan dalam filem ni memang agak lagi kesat sikitlah berbanding yang first dulu. Sokeylah takpayah nak ikut2 sgt lah kan bahasa tu.
  • Aksi fighting dari permulaan cerita buat kita tak boley nak pergi kemana2 kira semua aksi dia best lah. And aku paling tak suka aksi tailong rogol adek si jai dan malik (zeti) Series aku takboley tengok (tutup mata) 
  • Even cerita ni lebihkan kepada keganasan tetapi nilai-nilai kasih sayang antara abang, adik, emak dan kawan2 tu masih ada. 
  • Semua pelakon utama membawakan watak dengan baik sekali. Lagi2 Rosyam Nor. Even dah berumur pun masih lg boley bw watak jahat tau. 
  • Kalau filem ni tak dicetak rompak, sure boley dapat melebihi kos pembikinan dia tau. 
  • Ade juga yang cakap citer ni bosan, aku tak tahu celah mane yang bosan tu. Ape yang aku tahu permulaan cerita sampai ending aku tengok okey dan takdelah bosan. Ending tu ntah ade ker tak kan "KL Gangster 3". Haishh wahai Syamsul Yusof buatlah sambungannye pleaseeeee :) 
Next movie -> Insidious : Chapter 2 (17 Oktober)


 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang