REVIEW : KL Gangster 2

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Rasanya mcm dah lame sangat kan tak update blog ni. Ape blog ni boley delete kot ? tp sayanglah pula kan sb dah lame menulis blog sejak dr 2009 lg. Haiyoo. Lame juga tak buat blogwalking. Sejak ofis nak pindah hari2 busy penat mengemas balik2 mandi, makan n solat terus tido. Sampai sekarang ni otot2 masih lg sakit tau. 

Anyway kali ni aku nak update pasal filem yang dah dicetak lebih awal sebelum ditayangkan. Kesian syamsul dan berdosanya orang yang telah menutup periuk nasi orang lain. Kejam gila. Manusia sesama manusia memang tak boley tengok dia lebih skit .. Haa mulalah nak menjatuhkan orang kan. Haishh pegangan iman yang lemah betul. Sokeylah kalau sape dah tengok kan tak kesahlah aku nak update blog aku kan suke lah nak baca atau tak. Tak paksa pun. 

KL GANGSTER 2 :


  • Sambungan dr KL Gangster 1. Durasi masa dalam 1jam 55 minit nak dekat 2jam lah gak. 
  • Bagi yang tengok download tuh mybe ade yang tak puas kan, tp kalau korg jenis tak kesah tgk download dgn quality yg kurang memuaskan no hal lah. Memang aku kaki download movie tp disebabkan nak teman tersayang tengok, takdelah aku download .. hehehe .. 
  • Bahasa yang digunakan dalam filem ni memang agak lagi kesat sikitlah berbanding yang first dulu. Sokeylah takpayah nak ikut2 sgt lah kan bahasa tu.
  • Aksi fighting dari permulaan cerita buat kita tak boley nak pergi kemana2 kira semua aksi dia best lah. And aku paling tak suka aksi tailong rogol adek si jai dan malik (zeti) Series aku takboley tengok (tutup mata) 
  • Even cerita ni lebihkan kepada keganasan tetapi nilai-nilai kasih sayang antara abang, adik, emak dan kawan2 tu masih ada. 
  • Semua pelakon utama membawakan watak dengan baik sekali. Lagi2 Rosyam Nor. Even dah berumur pun masih lg boley bw watak jahat tau. 
  • Kalau filem ni tak dicetak rompak, sure boley dapat melebihi kos pembikinan dia tau. 
  • Ade juga yang cakap citer ni bosan, aku tak tahu celah mane yang bosan tu. Ape yang aku tahu permulaan cerita sampai ending aku tengok okey dan takdelah bosan. Ending tu ntah ade ker tak kan "KL Gangster 3". Haishh wahai Syamsul Yusof buatlah sambungannye pleaseeeee :) 
Next movie -> Insidious : Chapter 2 (17 Oktober)


1 Conteng Petak Membebel:

hardy bonvisa said...

follow juga ya blog saya http://hardy-bonvisa.blogspot.com/2013/10/cara-mendapatkan-dari-blog-dengan-iklan.html :)

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Reserved to Teqah Khaire
Design by Cik Kumbang